Wednesday, November 25, 2009

Morally wrong but legally clean

Pada perlawanan play-off Piala Dunia melibatkan pasukan Perancis dan Ireland  tempoh hari, perlawanan ini bagi menentukan pasukan yang layak ke pusiangan akhir Piala Dunia di Afrika Selatan, pasukan Ireland telah dikecewakan dengan jarignan saat akhir oleh William Gallas.

Apa yang menarik Ireland bukan sahaja dikecewakan oleh jaringan saat akhir tapi ia turut kecewa dengan keputusan pengadil yang membenarkan jaringan tersebut walaupun sebelum itu dengan jelas Theirry Henry telah menyentuh bola dengan tangan sebelum memberikan umpanan kepada William Gallas.




Ini merupakan kegagalan Ireland kedua berturut-turut setelah turut gagal dalam percubaan yang sama untuk layak ke pusingan akhir Piala Dunia 2006. Pastinya ianya mengecewakan bukan sahaja pasukan bolasepak Ireland malah pastinya juga seluruh warga Ireland.

Namun situasi ini wajar kita lihat dalam perspektif yang lebih luas, dimana dalam masyarakat menolak nilai moral dan meletakan matlamat mengharuskan cara atau kaedah. Thierry Henry tanpa rasa bersalah (disini), meletakan kesalahan kepada pengadil perlawanan. Pada asasnya betul pengadil yang mempunyai kata putus dan dari segi peraturan, jaringan itu sah bila ianya disahkan pengadil tapi dari segi moral ianya tetap salah.

Inilah akibat bilamana nilai moral dan akhlak ditolak ketepi dan hanya mementingkan kepentingan dunia semata.


Teringat juga saya, apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Seri Nazri Aziz menyatakan VK Lingam "morally wrong but legally clean". (disini) Adakah negara kita juga sudah dijangkiti sindrom yang sama, membenarkan kesalahan moral asalkan ianya tidak menyalahi peraturan - peraturan yang manusia cipta sendiri.

Inilah antara kegagalan sistem sekular ciptaan manusia, yang mana akhirnya menyebabkan pertimbangan moral ditolak mentah-mentah, masa untuk kita mencorakan masa depan anak-anak kita masih ada, kita masih belum terlambat, namun kita harus bertindak segera sebelum segalanya menjadi bubur.

Monday, November 16, 2009

PAS For All

PAS For All - PAS Untuk Semua, diperkenalkan pada tanggal 11 September 2007, dan kini slogan keramat ini melangkaui usia 2 tahun.

Slogan ini antara yang memberikan impak yang cukup besar pada PAS pada PRU 2008. Namun dalam meniti usia melebihi 2 tahun ternyata, penghayatannya jauh lebih sukar dari pelaksanaannya.

Selepas PAS bersama rakan Pakatan Rakyat mencatat keputusan yang memberansangkan pada PRU ke-12, cabaran untuk melaksanakan PAS For All dituntut rakyat. Harapan yang menggunung tinggi dipikul oleh PAS khususnya dalam membuktikan PAS Untuk Semua, tanpa mengira warna kulit, agama, fahaman politik, latar geografi dan sebagainya. Kerana harapan ini jugalah pelbagai komen dan teguran dalam pelbagai bentuk telah diberikan kepada parti yang menjadi harapan segenap masyarakat Malaysia.

Samada dalam bentuk teguran sopan mahupun yang kelihatan kurang adabnya, ianya manifestasi harapan pada PAS dan cerminan ingin melihat PAS benar-benar mampu memimpin perubahan dan seterusnya merealisasikan PAS for all.

Maka disinilah ahli dan para pimpinan PAS disegenap peringkat terpalit dengan perubahan harapan ini, dari sebuah parti pembangkan kepada parti harapan rakyat. Maka setiap inci penggerak dan pendokong PAS perlu bersedia menerima teguran dan cadangan dari pelbagai pihak sama ada dalam bentuk baik atau sebaliknya, samada teguran itu manis atau sepahit hempedu untuk diterima.

Bila dikatakan PAS untuk semua, maka semua orang berhak memberikan pandangan terhadap PAS, namun akhirnya pimpinan PAS jugalah yang bakal menentukan baik dan buruknya.

Saya yakin dan percaya dalam melalui saat pengalaman baru buat PAS ini, para pendokong PAS makin matang dan terbuka dalam menrima teguran serta kritikan samada dari kawan atau pun lawan, insyaAllah dengan kesediaan ini PAS akan terus dihormati dan disanjungi, bak kata pepatah ular menyusur akar takkan hilang bisanya ...


Wednesday, November 04, 2009

Piala Malaysia

Pagi tadi dalam perjalanan ke pejabat sempat mendengar Radio 24, biasanya ini antara rutin pagi dalam usaha mendapat beberapa maklumat ringkas dan cepat - walau kekadang belum tentu tepat.

Namun saya tertarik dengan usaha pihak Radio 24 mempromosi pertandingan akhir Piala Malaysia yang bakal berlangsung hujung minggu ini antara Kelantan dan Negeri Sembilan. Usaha mempromosi oleh Radio 24 bukan sekadar bermula untuk perlawanan akhir ini, malah saban hari juga saya mendengar diulas tentang perlawanan-perlawanan bolasepak di Malaysia. Ini wajar diberi pujian - tahniah!!

Mungkin kita sudah bosan dengan bola sepak Malaysia, ramai yang lebih kenal pemain luar khususnya EPL (English Premier League), bosan dengan pelbagai masalah, dari campur tangan politik, masalah kewangan, rasuah dan pelbagai pekara yang menyenakkan otak.




Dalam suatu aspek saya kira, dalam usaha mengatasi sambutan hambar dari peminat tempatan usaha seperti Radio 24 ini perlu disangjung. Sambutan dingin peminat tempatan sebenarnya memberi impak langsung kepada kewangan persatuan bola sepak bila mana kehadiran ke stadium turut berkurangan. Jika dilihat sorotan tertunda oleh RTM, kelihatan penontot di stadium-stadium sangat menyedihkan.

Untuk mengatasi masalah ini, kerajaan perlu meningkatkan promosi agar minat dan tumpuan peminat tempatan kembali seperti zaman kegemilangan bola sepak Malaysia. Liga Malaysia merupakan produk, maka promosi sangat penting dalam melariskn jualan produk. Agak mengecewakan bila, kita hanya mampu menayangkan sorotan perlawanan pada waktu yang sudah tidak produktif, selepas jam 12 tengahmalam. Saya mengakui sudah ada peningkatan bila lebih banyak tayangan siaran langsung perlawanan bolasepak di kaca tv namun ianya masih boleh di baiki.

Kita boleh melihat betapa bersungguhnya EPL dipromosi, sorotan jaringan terbaik, sorotan perlawanan mingguan, temubual dengan pemain dan jurulatih, sorotan dan ulasan sebelum permainan malah ada juga sorotan jaringan terburuk ... begitulah kesungguhan mereka. Kita?

Saya juga masih ingat ketika saya di tingkatan satu, salah satu siri karton yang menjadi kegemaran ialah Kickers. Sebaik sahaja solat asar sebelum turun bersukan, kami akan berduyun-duyn ke bilik TV untuk menonton siri Kickers, macam stadium jadinya bilik TV. Siri karton dari Jepun yang menonjolkan kehebatan pasukan bola sepak. Ketika itu Jepun baru mula berjinak-jinak dengan bola sepak dan mungkin juga sebahagian  strategi untuk menganjurkan Piala Dunia 2002. Inilah usaha mereka ...

Saya kira ini sebahagian penyelesaian, bila mana kita mampu menarik kembali minat penonton untuk kembali ke stadium, pendapatan persatuan bola sepak boleh meningkat, maka dengan kewangan yang kukuh pelbagai usaha boleh dilakukan oleh persatuan bola sepak. Tiada lagi isu gaji tertunggak, isu caruman KWSP tidak berbayar dan sebagainya.

Akhirnya saya juga ucapkan tahniah pada Kerajaan Negeri Kelantan kerana mengumumkan cuti sebagai meraikan sokongan para peminat Kelantan pada pasukan bole sepak negeri Kelantan, saya kira ini juga sebahagian usaha mengembalikan minat dan sokongan peminat kepada liga tempatan.

Siapa bakal menjuarai Piala Malaysia tahun ini - tunggu ...

Tuesday, October 20, 2009

PPSMI ke MBMMBI




Kementerian Pelajaran melalui Menterinya Tan Sri Muhyddin Yassin telah mengumumkan penamatan dasar PPSMI dan digantikan dengan dasar baru – Memartabatkan Bahasa Melayu, Meperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Alhamdulillah nampaknya gerit pekik serta rintihan rakyat selama ini kelihatan telah diberi perhatian oleh kerajaan.


Setelah pengumuman beberapa bulan lepas tentang penamatan dasar PPSMI paa 2012 kini kementerian hadir dengan sebuah lagi dasar baru berkaitan pembelajaran bahasa disekolah. Ini bukanlah kali pertama dasar pelajaran digubal dan ditukar, namun apa yang jauh lebih penting rakyat ingin meliha sejauh mana pelaksanaan dasar ini menguntungkan negara dan menyumbang kepada pembinaan jatidiri sebuah bangsa Malaysia.

Rangkaian-rangkaian susunan kata menarik mudah disusun bagi menarik perhatian rakayat namun pekasaannya yang menjadi ukuran. Bagi saya biarlah setiap pelaksaan dasar besar pendidikan negara dirujuk pada yang pakar dalam bidangnya.

Teringat saya ketika dasar PPSMI mula diperkenalkan dahulu, ketika itu saya masih menuntut di Univesiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Majoriti pensyarah khususnysa dari Fakulti Pendidikan kurang senang dengan pelaksaan, pelbagai seminar, forum dan kolokium dilaksanakan bagi membincangkan pelaksanaan PPSMI ini, namun semuanya “dibakul sampahkan” oleh pihak kerajaan. Dengarlah pandangan pihak yang punya kepakaran kerana hanya jauhari yang mengenal manikam.

Jangan kerana kepentingan beberapa koperat dan ahli politik tertentu nasib dan masa depan generasi muda kita dikorbankan.

Sepanjang saya pengamatan saya sudah terlalu banyak pelaksaan dasar pendidikan negara yang dilakukan secara semborono dan akhirnya selepas beberapa tahun ianya ditukar semula kepada keaadaan asal, semua ini pastinya akan mengorbankan beberapa generasi pelajar yang menjadi “tikus ujian”.

Saya mengharapkan kerajaan akan benar-benar serius dalam memperjuangkan masa depan negara, biarlah segala bentuk perubahan dirujuk pada yang pakar, janganlah nanti seperti tikur membaiki labu, entah siapa yang menjadi tikur tetapi yang pasti Malaysialah yang menjadi labunya ….

Sunday, October 18, 2009

Bantulah kami...

Sebelum berpindah ke rumah yang saya duduki sekarang, antara kerisauan yang bermain difikiran ialah siapakah yang bakal saya amanahkan untuk menjaga anak-anak ketika saya dan isteri pergi bekerja. Persoalan dan kerisauan ini bermain difikiran, mana tidaknya anak kesayangan akan ditinggalkan kepada orang yang baru dikenali, dan ditinggalkan dengan kepercayaan seratus peratus.


Pelbagai persoalan bermain diminda, dari persoalan keselamatan, makanan sehinggalah ke tahap pendidikan tidak formal kepada anak-anak. Adakah mereka akan dilazimkan dengan berdoa sebelum solat, adakah pengasuh akan menunjukan tauladan soleh kepada anak-anak – sebagai contoh bertudung ketika menjemur pakaian diluar rumah. Serabut dibuatnya.

Jenuh kita cuba memprogramkan pemikiran anak-anak dengan teladan kehidupan soleh, bila ke tabika atau rumah pengasuh lain pula program yang diterapkan keminda anak-anak.

Saya kira kerisauan ini tidak pada saya seorang namun pada kebanyakan ibu bapa. Ada sahabat saya, terpaksa memasang CCTV dirumahnya kerana tidak percaya pada pembantu rumah yang menjaga anak-anak dirumah. Terpaksa memasang mata dan telingan tambahan ketika pergi bekerja.

Akhirnya saya tiba kesatu konklusi, inilah bukti kita hamba yang sangat lemah. Hamba kepada Allah yang Maha Agung. Kita tidak mampu menguruskan kehidupan secara sendirian. Kita perlukan bantuan yang Maha Agung. Sebagaimana doa yang acapkali kita panjatkan dalam zikir mathurat kita:

“ …Janganlah (Ya Allah) Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri, walaupun kadar sekelip mata atau kadar yang lebih pendek dari itu …”




Maka dalam kita merancang urusan seharian, samada urusan keluarga, pejabat mahupun urusan dakwah, lengkapkanlah ia dengan munajat dan permohonan kita kepada Allah tuhan yang Maha Mendengar. Moga dimudahkan-Nya segala urusan kita, khususnya perkara-perkara yang diluar kawalan yang pengetahuan kita. Setelah berusaha, bermesyuarat maka letakanlah pengharapan dan tawakal kepada yang Maha Esa.

Ya Allah bantulah hamba-Mu yang jahil ini, bantulah hamba-Mu yang lemah ini. Bantulah kami dalam mentaati dan mendekati-Mu. Amin.

Monday, October 05, 2009

Tahniah !!




Pagi tadi selepas bertadarus di masjid, nazir diucapkan tahniah oleh salah seorang ahli kariah, "Isshh tahniah apa lak nie, dapat cucu baru ke?", saya tertanya dalam fikiran.

Rupanya ucapan tahniah tuan nazir beraya 6 hari ini. Saya yang masih belum beraya 6 ini, terus rasa teruja dan bersemangat untuk menghabiskan saki-baki puasa 6.

Saya kira inilah juga ajaran Nabi Muhammad SAW, saling mengucapkan tahniah kepada saudara kita. Saya kira ucapan yang ringkas dan mudah bukan sahaja dapat mengembirakan sahabat yang menerima, dapat mengeratkan ukhuwah tapi juga dapat memotivasikan orang lain yang mendengar.

Zaman sahabat dulu, sering dikisahkan para sahabat acakkali bertanya berkaitan amalan yang dilakukan dan saling mengucapakan tahniah atas pencapaian amalan yang dilakukan.

Semoga amalan mengucapkan tahniah atas amalan yang dilakukan para sahabat kita dapat diteruskan ....

Sunday, September 27, 2009

Sekelumit Sifat Rahim

Dalam kesibukan menyambut Eidul Fitri, saya terkena keracunan makanan. Sesekali ada la muntah-muntah.


Bila melihat isteri tersayang, membantu saya di bilik air bila muntah-muntah, adik saya bertanya, “ Kak Anis tahan ye tengok orang muntah?” Dalam hati saya inilah nilai kasih.

Sekelumit sifat rahim kurniaan Allah pada manusia sudah cukup untuk mengangkat seribu nilai bebanan. Dengan sifat inilah, busuk menjadi wangi, susah menjadi senang.

Bagaimana sang ibu tekun sabar mencuci najis si anak, busuk? Pastinya busuk, tapi ianya menjadi wangi dek sifat dan nilai kasih yang terpaut pada dua insan ini (ibu dan anak).. Mampukah ibu yang sama mengutip lampin pakai buang yang ditemui ditepi jalan, penuh dengan najis tapi tanpa tahu siapa tuannya?



Bagaimana pula nanti si anak pula tiba giliran menjaga ibu yang uzur, perlu menguruskan makan – pakai si ibu, nilai kasih juga yang menghilangkan seribu kepayahan.

Nilai kasih juga menghilangkan rasa beban sepasang suami isteri dalam melayari bahtera rumah tangga. Bagaimana beban sang isteri menguruskan rumahtangga, memasak, menggosok pakaian untuk seisi keluarga, semuanya menjadi ringan dan mudah dengan nilai kasih sayang. Sanggup berjaga malam melayani kerenah si anak kecil, walaupun penat namun, nilai kasih itulah yang meringankan.

Itu yang pepatah orang muda-muda menyatakan, kalau bercinta kentot pun menjadi wangi.

Kasih Hakiki

Selepas himpunan Bersih sekitar tahun 2007, ada orang bertanya saya, dapat duit ke turun ke himpunan bersih? T-Shirt kuning ala-ala Digi dapat percuma ke?

Inilah nilai kasih dan cinta hakiki. Bila ada cinta pada Ilahi, Tuhan yang memerintahkan keadilan ditegakan, kezaliman ditumbangkan, Islam terus didaulatkan – maka ratusan ribu manusia berhimpun, kepayahan, kepedihan (air pemedih mata) semuanya terasa mudah dan ringan.

Bila kita kenal dan faham tuntutan sebagai khalifah di bumi, bila kita faham akan tuntutan Allah yang dikasihi maka perjuangan ini pastinya jadi manis dan mudah, perjalanan ratusan kilometer terasa dekat, infa’ ribuan ringgit terasa sikit, lapar juga boleh terasa kenyang dek amukan rasa cinta dan kasih.

Semoga kita dikurniakan kasih pada yang Maha Pencinta dan kasih mereka-mereka yang mengasihi-Nya.

p/s: Terima kasih mama & abah kerana membesarkanku dengan penuh kasih sayang ....

Ramadhan berlalu ...




Siapa beribadah kerana lailatulqadar
Lailatul Qadar telah berlalu
Siapa beribadah kerana Ramdhan
Ramdhan juga telah berlalu
Siapa beribadah kerana Allah
Allah pasti kekal selama-lamanya ...

Friday, September 18, 2009

Salam Lebaran

“Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Tidak ada tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar, Allah Masa Besar dan bagi Allah segala puji-pujian.”
“Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar sebesar-besarnya, Alhamdulillah (segala puji bagi Allah) sebanyak-banyaknya, Maha Suci Allah pagi dan petang.”

“Tiada tuhan melainkan Allah, kami tidak menyembah kecuali kepada-Nya, dengan ikhlas untuk agama (Islam), walaupun dibenci oleh golongan kafir.”

“Tiada tuhan melainkan Allah yang Esa yang benar janji-Nya, yang menolong hamba-Nya, yang memuliakan tentera-tentera-Nya (tentera Muslimin) dengan mengalahkan tentera Ahzab dengan keesaan-Nya.”

“Tiada tuhan melainkan Allah yang Maha Besar, Allah yang Maha Besar dan milik Allah-lah segala puji-pujian.”


Bagitulah takbir raya yang kita lafazkan sepanjang tahun, tanpa rasa jemu. Alhamdulillah kita bakal menyambut 1 Syawal esok (20 September 2009) sekali lagi.

Dalam meniti detik-detik terakhir ramadhan marilah kita muhasabah adakah kita layak untuk sama-sama meraikan "konvokesyen" universiti Ramadhan ataupun dikenali sebagai Eiul Fitri. Sekiranya Ramadhan sering kita sebut sebagai madrasah, universiti tempat pentarbiyahan yang akhirnya diharapakan lahir seorang graduan yang membawa ijazah "takwa", dan bakal diraikan pada hari raya yang bakal menjelma. Layakkah kita?

Menjelang 1 Syawal ini, marilah sama-sama kita menghayati maksud takbir yang kita lafaz saban tahun, sedar atau tidak itulah juga bait-bait kata yang junjungan mulia Nabi Muhammad SAW lafaz dalam meraikan kemenangan dalam beberapa siri peperangan. Sekiranya diihayati bait-bait akidah, membesarkan Allah dan meletakan seluruh harapan pada Allah, sebagiamana ketika para sahabt menghadapi peperangan Ahzab, pastinya umat Islam akan jauh lebih berjaya.

Dengan seluruh pergantungan diletakan pada Allah SWT, mencabut segala keyakinan dan kebergantungan pada makhluk, kita pasti boleh melangkah lebih jauh bersama Islam. Islam BOLEH!!

Semoga sambutan 1 Syawal tahun ini juga diberikan kita kekuatan untuk meninggalkan maksiat dan meningkatkan ibadah selaras dengan tarbiyah ramadhan yang telah kita lalui.

Akhirnya dalam kesempatan ini saya ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada sebaran kesalahan dan mengucapkan selamat hari raya Eidul Fitri. Allahuakbar!!



Salam Lebara
29 Syawal
Kg Changkat Lobak (Rumah Mertua)

Monday, September 14, 2009

Arthur Day: Meraikan kejayaan 250 tahun syarikat Arak

Tanggal 25 September 2009, dalam suasana umat Islam sedang menyambut Aidul Fitri bakal berlaku acara sambutan ulang tahun ke 250 Arthur Guiness memulakan perniagaan arak di Dublin, Ireland.
Permulaan inilah membawa tertubuhnya empayar perniagaan arak yang terkenal sehingga kehari ini, Guinness. Sambutan besar-besaran ini akan diadakan di beberapa Bandar di dunia seperti Dublin, Lagos, Yaounde, New York, Manheim dan juga tidak ketinggalan di Subang Jaya, Malaysia.


Antara acara utama sambutan ini, akan diadakan upacara “raising the glass” sebagai tanda penghormatan kepada Arthur Guinness tepat jam 1759 waktu tempatan. Disamping itu persembahan pelbagai artis dari seluruh dunia juga diadakan, di Malaysia kumpulan hip-hop dari Amerika Syarikat Black Eye Peas, disamping kumpulan lain seperti MC Hotdog, Reshmonu dan Danny One.

Menyedari hakikat acara sambutan yang bakal diadakan Sunway Lagoon, Malaysia ini bukanlah seperti konsert-konsert lain, malah ianya jelas bermotifkan menyambut ulang tahun kewujudan sebuah jenama arak terkemuka Dewan Pemuda PAS Kelana Jaya, dengan penuh rasa tanggungjawab menyeru kepada seluruh saudara seIslam agar tidak menyertai acara yang bakal diadakan ini.

Dewan Pemuda PAS Kelana Jaya merasa kesal pihak Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan melalui Menterinya, Datuk Seri Rais Yatim telah menarik balik larangan bagi penganut agama Islam dari menyertai acara ini, kita perlu sedar Islam sangat tegas dalam larangan sebarang keterlibatan umatnya dengan arak. Bukan sahaja Islam melarang meminumnya, malah sebarang keterlibatan samada membawa, menunjukan sokongan, menjual dan sebagainya juga dilarang. Malah Allah SWT meletakkan arak ini sebaris dengan kesalahan penyembahan berhala dan berjudi sebagaimana firman Allah:

“Wahai orang-orang yang beriman ! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah (semuanya) keji (kotor)dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berolah kejayaan” (Al-Maidah : 90)

Bersempena dengan bulan Ramdhan yang mulia ini dan Syawal yang bakal menjelma Dewan Pemuda PAS Kawasan Kelana Jaya juga menyeru kepada seluruh muslimin dan muslimat agar menjauhi majlis-majlis yang mengundang laknat Allah, bukan sekadar diri sendiri menjauhinya malah memastikan suami/isteri, anak, kaum keluarga dan rakan taulan kita menjauhi perkara yang dimurkai Allah ini. Sebagaimana firman Allah SWT:

“Wahai orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluarga mu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu” (At-Tahrim: 6)

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini Allah kukuhkan keimanan dan komitmen kita di atas jalanNya.


Friday, September 11, 2009

Doa Untuk Al-Aqsa Tercinta

Semalam sempat saya menghadiri tazkirah ringkas sebelum jumaat oleh Sheikh Mahmud Syiam seorang tokoh perjuangan warga Palestin menpertahankan al-Aqsa dan bumi palestin. Beliau pernah menjadi Imam di Masjid Al-Aqsa dan juga reaktor Universiti Gaza sebelum diusir dari Palestin.
Dalam tazkirah ringkas beliau beliau menyebut beberapa faktor penting dalam menyumbang kepada kemenangan perjuangan HAMAS di bumi Palestin, antaranya faktor keimanan dan ketakwaan yang tinggi dikalangan perjuang. Para pejuang Palestin semua telah menjadi hafiz al-Quran ketika usia muda, dan ini menjadi benteng yang kuat buat mereka.
Yang keduanya para mujahidin Palestin terus istiqamah berjuang dan tidak pernah berundur walaupun selangkah.
Dalam hal ini, tuan Sheikh menyebut para mujahidin Palestin terus teruja bila mendapat perkhabaran saudara seIslam mereka di seluruh dunia turut bersama dalam pejuangan ini. Bilamana siri-siri demonstrasi diseluruh dunia dilaporkan dan ditayang dikaca-kaca TV, dan juga sumbangan yang disampaikan selain doa-doa yang dipanjatkan.
Para mujaidin tidak sanggup mensia-siakan doa dari saudara seakidah mereka, justeru mereka terus bersemangat untuk terus berjaung sehingga datang takdir Ilahi - syahid atau menang.

Justeru saya ingin menyeru sahabat sekalian, janganlah merasa usaha kecil kita dibumi Malaysia ini tiada nilai kepada perjuangan membebaskan al-Aqsa, teruskanlah berdemonstrasi (bila diseru), teruslah menyumbang dan teruskanlah memanjatkan doa kepada Ilahi.
Khususnya dalam kesempatan 10 malam terakhir Ramadhan ini, jangan lupa untuk kalian selitkan doa untuk para mujahidin di Palestin, di Iraq,  di Afghanistan, Khasmir dan pejuang agama Allah seleruh dunia.
Moga Allah satukan hati kita dan permudahkan urusan kita.

Thursday, September 10, 2009

Sesungguhnya

SESUNGGUHNYA


Sebenarnya hati ini cinta kepada Mu
Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu takkan ber bunga

Ku cuba menghulurkan
Sebuah hadiah kepada Mu
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri

Ku cuba menyiramnya
Agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga kauthar

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmat Mu
Jika tidak menagih simpati
Pada Mu ya Allah

Tuhan hadiahkanlah kasih Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada Mu
Moga ku tahu
Syukur ku hanyalah milik Mu

**Selamat menghidupkan sepuluh terakhir ramadhan**

Tuesday, September 08, 2009

Pewaris pejuangan ....

Salam

Pada pagi Isnin lepas saya diberi kesempatan olah Allah SWT untuk mengikuti kuliah subuh Ust Shauki Abd Rahman di Masjid Abu Bakar As-Siddiq (MABAS) SS19 Subang Jaya.

Dalam kuliah Ustaz menceritakan kepentingan institusi pendidikan "pondok" untuk dihidupkan kembali sebagai memastikan pewaris perjuangan para nabi dan anbiya dapat diteruskan. Ustaz juga menyingkap bagaiamana strategi musuh-musuh Islam untuk meuntuhkan sistem pendidikan ISlam yang ada dinegara ini bila mereka mula menjajah negara kita, mereka membuka sistem sekolah inggeris, memberikan pelbagai kelebihan kepada pelajar sekolah jurusan inggeris. Pelajar aliran Inggeris diberikan kelebihan melanjutkan pelajara keluar negeri dan bila balik mendapat jawatan dan gaji yang tinggi. Dapat beli basikal dan motosikal juga kereta.

Akhirnya masyarakat terpengaruh dan melihat belajar agama dipondok-pondok tidak memberi masa depan yang baik. Akhirnya secara perlahan-lahan banyak pondok pondok terpaksa ditutup.

Disamping itu, ustaz juga menyentuh keperluan membawa dan mendekatkan anak-anak ke masjid. Ustaz secara terus bertanya mana anak-anak kita yang berusia 7 - 8 tahun? Sedangkan pada usia itu mereka perlu dididik untuk mencintai rumah Allah, dimana mereka ketika ini (ketika kuliah sedang berlangsung)?

Saya kira kadang-kadang mungkin kita lebih selesa datang berseorangan ke masjid dengan meninggalkan anak-anak dirumah, mungkin malas nak memujuk mereka ke masjid atau merasakan bebanan bila mereka turut ke masjid. Mungkin nanti kita tidak dapat berborak panjang dimasjid, mungkin kerenah mereka diluar kawalan nanti. Ada juga kadang-kadang dikalangan kita bersikap terlalu tegas dan keras dengan generasi muda khususnya dimasjid.

Bermain, gembira, riang dan ceria itu memang sifat anak-anak, pupuk lah dengan kasih sayang, tegurlah dengan rasa cinta moga hati mereka akan terus terpaut dirumah Allah.

Kita sangat ketandusan generasi muda yang cintakan masjid, dengan pelbagai dugaan dan ujian keduaniaan hari ini, kita perlu lebih kreatif dan beralas dengan anak-anak muda agar mereka terpaut pada rumah Allah seterusny mewarisi perjuangan ini, merekalah juga yang bakal menguruskan jenazah kita nanti bila kita dijemput Allah.

Di MABAS, dalam bulan Ramadhan ini anak-anak muda ini diberikan ruang yang luas untuk menumbang tenaga bagi pelbagai aktiviti masjid, dari urusan berbuka, more dan sebagainya. InsyaAllah menjelang raya ada sedikit saguhati akan disediakan.

Saya juga rasa syukur, bila membawa anak kecil saya ke masjid walaupun kadangkala kenakalan berlari kesana-kesini, ada kariah masjid yang mendukung, meraikan dan bermain dengannya. Biarlah tertanam dalam mindanya, kawan-kawan abahnya di masjid juga menyayanginya, juga gembira dan meraikan kehadirannya.

Marilah sama-sama kita membina genrasi masjid, generasi rabbani !!!!

Sebahagian aktiviti Pemuda MABAS

Monday, September 07, 2009

Isu Arak: Macamana sebatan dibuat?

Dalam keghairahan semua pihak membincangkan persoalan hukuman sebat keatas pesalah syariah, saya kira tidak adil sekiranya kita tidak meneliti bagaimana hukuman sebat yang telah ditetapkan dalam pelaksanaan hukuman syariat di Malaysua khususnya di Pahang. Mungkin ramai yang beranggapan hukuman ini kejam khususnya keatas wanita, apa yang pasti hukuman sebat dalam Islam tidak sama dengan hukuman yang dijalankan di negara kita dalam kes-kes kesalahan sivil. Islam merupakan agama bersifat mendidik manusia pastinya tidak akan menzalimi manusia. Bersama ini perincian pelaksanaan hukuman sebat dibawah Seksyen 125 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002. (http://www2.esyariah.gov.my/)

Seksyen 125. Hukuman sebat

(1) Peruntukan seksyen ini dan seksyen 126 hendaklah terpakai apabila tertuduh dihukum sebat.

(2) Alat sebatan, tidak termasuk pemegangnya, hendaklah daripada jenis yang sama dan dibuat sama ada daripada rotan atau ranting kecil pokok yang tiada ruas atau buku dan panjangnya tidak melebihi 1.22 meter dan tebalnya tidak melebihi 1.25 sentimeter.

(3) Peruntukan yang berikut hendaklah diikuti apabila melaksanakan hukuman sebat, iaitu-
(a) sebelum hukuman itu dilaksanakan, pesalah hendaklah diperiksa oleh seorang Pegawai Perubatan Kerajaan untuk diperakui bahawa pesalah itu adalah dalam keadaan kesihatan yang baik untuk menjalani hukuman itu;

(b) jika pesalah itu sedang hamil, pelaksanaan itu hendaklah ditangguhkan sehingga tamat tempoh dua bulan selepas dia melahirkan anak atau keguguran, mengikut mana-mana yang berkenaan;

(c) hukuman hendaklah dilaksanakan di hadapan seorang Pegawai Perubatan Kerajaan di mana-mana tempat sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah atau di suatu tempat yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri bagi maksud
itu;

(d) orang yang dilantik untuk melaksanakan hukuman itu hendaklah seorang yang adil dan matang;

(e) orang itu hendaklah menggunakan alat sebatan dengan kekuatan yang sederhana tanpa mengangkat tangannya melebihi kepalanya supaya tidak melukakan kulit pesalah;

(f) selepas mengenakan satu sebatan, dia hendaklah mengangkat alat sebatan itu ke atas dan tidak menariknya;

(g) sebatan boleh dikenakan ke seluruh bahagian tubuh kecuali muka, kepala, perut, dada atau bahagian-bahagian sulit;

(h) pesalah hendaklah memakai pakaian mengikut Hukum Syarak;

(i) jika pesalah itu lelaki, sebatan hendaklah dikenakan dalam keadaan dia berdiri, dan jika pesalah itu perempuan, dalam keadaan dia duduk;

(j) jika semasa pelaksanaan hukum sebat itu Pegawai Perubatan Kerajaan memperakui bahawa pesalah itu tidak lagi dapat menerima sebatan, sebatan itu hendaklah ditangguhkan sehingga Pegawai Perubatan itu memperakui bahawa pesalah itu sihat tubuhnya untuk menjalani baki hukuman itu.
(4) Dalam hal pesalah itu dihukum sebat sahaja, maka dia hendaklah diperlakukan seolah-olah dia dihukum dengan hukuman pemenjaraan sehingga hukuman itu dilaksanakan.

(5) Jika Pegawai Perubatan Kerajaan memperakui bahawa pesalah itu, oleh sebab umur tua, keuzuran atau apa-apa sebab lain tidak dapat menjalani hukuman sebat pada keseluruhannya atau sebahagiannya, maka kes itu hendaklah dirujukkan kepada Mahkamah yang boleh memerintahkan hukuman itu dilaksanakan mengikut cara yang difikirkannya munasabah.
Huraian - Umur tua ertinya telah mencapai umur lima puluh tahun atau lebih.

Walaupun hukuman ini tidak 100% menepati tuntutan Islam, namun ianya sekurang-kurangnya permulaan dan landasan permulaan yang baik. Semoga Allah memudahkan usaha kita dalam pelaksanaan undang-undang syariah ...

Thursday, September 03, 2009

Pokok



Link dibawah ini sebuah video pendek yang menarik .... merupakan motivasi yang paling tinggi untuk umat Islam khususnya dan manusia keseluruhannya secara umumnya bertani, lebih tinggi nilai motivasi dari istilah "Pertanian Satu Perniagaan".

Inilah indahnya Islam, dalam merencanakan kehidupan seorang muslim ....

Allahuakbar ....

http://15malaysia.com/films/the-tree/

Wednesday, July 15, 2009

Pemandu teksi lagi ...


Salam

Pada bulan Mei yang lepas, saya ada menulis berkaitan pemandu teksi, nampaknya pemandu teksi antara golongan yang bertuah kerana antara yang diraikan dalam senarai hadiah pemberian perdana menteri (PM) dalam sambutan 100 hari pemerintahannya.




Terpulanglah sekiranya ada yang mengatakan ianya sebahagian dari gula-gula MU (Manik Urai), namun yang baik tetap harus diberikan kreadit. Namun akhirnya ianya berbalik juga kepada pelaksanaan, ianya perlu telus dan adil. Harapnya dalam proses permohonan permit persendirian teksi nanti tidak perlulah mendapatkan pengesahan dari ketua Umno cawangan atau bahagian, atau diminta isi borang Umno dahulu. Harapnya zaman dah berubah, dunia dah maju – Umno dan konco-konconya juga perlu berubah.

Apapun dalam tulisan saya yang lepas, saya ada menulis berkaitan ada pemandu teksi yang kerja 48 jam dan baru pulang ke rumah untuk berehat selepas beberapa hari bekerja. Ketika itu saya hanya mendengar dari cerita orang, namun dalam minggu lepas saya ditakdirkan bertemu sendiri dengan pemandu teksi yang bekerja terus selama tiga hari dan selepas tiga hari baru akan balik ke rumah, kemudian akan bekerja lagi tiga hari.

Kesempatan bertemu sendiri ini, membuktikan cerita saya dengar sebelum ini benar-benar berlaku. Akibat tekanan hidup, bayaran bulanan teksi kepada syarikat pemegang permit dan pemilik teksi yang sangat tinggi, potongan komisen kepada syarikat pengurus teksi di LCCT, kos pembaikan dan operasi teksi yang tinggi menyumbang kepada paa pemandu teksi terpaksa bekerja 36 jam atau 48 jam tanpa henti.

Semasa saya menaiki teksi ini, saya dapat saksikan keletihan pada wajah pemandu teksi ini, yang saya kira sekitar usia lewat 40an atau awal 50an, dalam usia begini masih lagi perlu mengagahkan diri bekerja begitu kuat.

Perbualan kami bermula bila saya bertanya “Lepas hantar saya balik terus ke Pakcik?”. Dia menjawap balik la (ketika itu jam sudah melebihi 11mlm), mlm ini tak kerja kuat, balik rehat. Saya pun bertanya “ Kerja tuan tu macamana Pakcik?”

Pakcik tu menceritakan kerja kuat maksudnya tidur di LCCT sementara menunggu kapal terbang sampai, tak balik rumah untuk 2-3 hari, bekerja berterusan.

Kesian saya melihat wajah pakcik teksi ni. Letih, risau pun ada, ye la orang mengantuk bawa keretak.

Kesan daripada tekanan hidup ini, beberapa kesan semerta yang mungkin berlaku:

1. Masa bersama keluarga tepaksa digadaikan – hasilnya instuitusi keluarga goyah
2. Boleh menambahkan kemalangan, bila bawa dalam keadaan letih

Semoga dengan kewujudan semula permit persendirian ini, sedikit sebanyak dapat memudahkan dan meringankan beban para pemandu teksi, harapnya ianya tidak terhad kepada 3 ribu sahaja tetapi diberikan terus pada semua pemandu yang sedia ada……

Saturday, June 27, 2009

Negeri Berkebajikan - Cuti Bersalin 3 Bulan

Salam.

Dalam salah satu manifesto Barisan Alternatif (BA) Selangor (sebelum PRU-13 dikenali sebagai BA, hanya selepas 8 March 2008, Paktan Rakyat ditubuhkan) adalah untuk memberikan cuti bersalin 3 bulan.

Alhamdulillah dalam sambutan setahun pemerintahan PR di Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor telah membuat pengumuman untuk memberikan cuti bersalin 3 bulan kepada kakitangan kerajaan.

Nampaknya PR terus mendahului dalam perkara-perkara kebajikan rakyat ini, saya kira keputusan memberikan cuti bersalin 3 bulan ini tidak ditentang oleh mana-mana insan rasional. Bagaimanapun ianya pilihan bukan suatu paksaan, sekiranya ada yang enggan mengambilnya, itu terpulang.

PAS pula sejak dahulu lagi telah menerajui langkah-langkah kebajikan kepada rakyat, antaranya pelaksanaan bekerja 5 hari seminggu di Kelantan, pada awalnya kerajaan persekutuan ketika itu hebat menentang dengan pelbagai tuduhan - pemalas, tidak produktif dan sebagainya. Namun hakikatnya hari ini semua pihak seolah-olah menyokong langkah bijak ini, pihak kerajaan persekutuan telah menerima pelaksanaannya walaupun pada awalnya terpaksa melaksanaankan secara beransur-ansur, malah pihak swasta juga majoritinya telah menerima langkah ini.

Begitu juga pemberian cuti 2 bulan, juga dimulakan di Kelantan dan pelbagai lagi tindakan yang mengutamakan kebajikan rakyat.

Isteri kesayangan saya, cukup bertuah kerana menjadi antara batch awal memiliki kelebihan ini, pada awalnya ramai juga yang sangsi dan mencadangkan agar ianya tidak diambil sebagai pilihan. Dengan pelbagai kekeliruan (mungkin sebab ianya baru), dari segi pembayaran gaji, potognan pencen dan sebagainya.

Hari ini, setelah menyemak akaun bank isteri, jumlah gaji sebagaimana yang dijanjikan oleh kerajaan Selangor telah masuk sebagaimana gaji biasa ke dalam akaun bank, maknanya gaji cuti bulan ketiga. Alhamdulillah ianya terlaksana sebagaimana yang telah dijanjikan.

Kepada rakyat negeri Selangor, syukur kepada Allah kerana kita punya pemimpin yang prihatin akan kebajikan rakyat, dalam keadaan tekanan yang amat hebat kepada negeri-negeri pimpinan pakatan rakyat (PR), pimpinan-pimpinan negeri-negeri PR ini masih mencari ruang untuk menbabur bakti kepada rakyat. Di Selangor, pelbagai skim telah dilaksanakan antaranya Skim Warga Emas, Skim TAWAS dan sebagainya .....

Moga Allah terus berikan kekuatan pada mereka untuk memimpin kita dengan sebaik mungkin ....

Salam

Thursday, June 25, 2009

Durian oh durian

Salam

Baru-baru dalam perjalanan pergi dan balik ke program hari keluarga pejabat isteri saya di Melaka, sempat melalui gerai-gerai menjual durian dan sempat juga singgah membeli buah durian sebagai memenuhi permintaan isteri tersayang dan anak-anak.

Berhampiran rumah pun banyak orang menjual buah durian, melihat banyaknya buah duiran ini, teringat saya beberapa pengalaman membeli durian bila kekadang mendapat isi yang tidak sebaik yang diharapkan, ada kalanya sedikit keras, tawar dan ada juga kekadang yang agak masam, ada juga yang mangkaq ... (tapi yang bebaru ini memang best... alhamdulillah..)

Dalam kepelbagaian kualiti durian, kita ada beberapa pilihan dalam menguruskan kepelbagaian ini, ada orang akan terus mengomel, berleter tak tentu hala tak tahu pada siapa leterannya itu pada penjual atau pada Pencipta durian. Ada yang terus buang/ tak makan kalau dapat yang kurang baik, namun ada juga yang bersikap kreatif dalam menghadapi situasi ini.

Durian yang keras boleh dibuat kuah @ pengat durian, yang dah lama dan masam boleh dibuat tempoyak .... dan elbagai lagi ... sekarang pun dah banyak produk durian di pasaran, ada kek durian, dodol durian, aiskrim durian dan sebagainya .... pokoknya kita kreatif dan sabar menguruskan kekurangan ... hasilnya pasti tidak merugikan.

Berbanding dengan insan yang terus membuang atau terus-terusan mengomel tak tentu hala ... apa yang dapat... rugi sahaja lah ....

Pokoknya saya bukan nak cerita pasal durian dan pokok durian, namun begitulah tamsilan dalam kita memimpin dan menguruskan manusia .... dalam kejadian manusia Allah swt menjadikan manusia dengan pelbagai potensi, kelebihan dan kekurangan .... dengan seribu satu hikmah ....

Sekiranya kita melihat kekurangan sebagai kekurangan kita mungkin akan terus mengomel dan merendahkan sahabat kita atau kita buang sahaja sebagaimana durian yang kurang baik tadi ....

Namun sekiranya kita bersabar menguruskan mereka pastinya ada hasil yang tidak disangka boleh diperolehi .... pasti ada hikmah disebalik kesabaran kita menguruskan kekurangan ini. Kekurangan yang diurus dengan baik pastinya akan bertukar menjadi kelebihan pada posisi yang lain dan juga pasaran yang lain, Allah tidak akan menjadikan sesuatu dengan sia-sia.

Akhirnya hargailah setiap sahabat dan saudara kita, hormati kekuatan & kelemahan mereka insyaAllah kita akan beroleh manfaat bersama ....

Friday, May 22, 2009

Rintihan pemandu teksi ....

Salam

Saya tertarik dengan laporan media pada 19 Mei yang lepas melibatkan pemandu teksi khususnya di LCCT.

Alhamdulillah sebenarnya kebelakangan ini, dengan skop kerja baru, saya berpeluang berinteraksi dengan lebih kerap dengan pemandu teksi, kerana kerap berulang-alik ke LCCT. Apa yang dinyatakan oleh Pak Menteri itu, memang itulah antata rungutan yang dilontarkan kepada saya oleh para pemandu teksi yang berulang-alik ke LCCT. Dan kebetulan 2 hari sebelum kenyataan Pak Menteri dikeluarkan saya juga sempat melayan keluhan si pemandu teksi berkaitan perkara yang sama, cumanya ada beberapa perkara yang saya kira cukup significant yang tidak disentuh oleh Pak Menteri.

Sebelum dipanjangkan cerita, pada saya kelompok pemandu teksi tidak wajar terus dikesampingkan dan dibuat sesuka hati, tanpa kepedulian yang wajar. Pertama mereka sebahagian kelompok yang menggerakan eknomi negara dan juga yang mencari rezeki halal tanpa mengambil jalan lain dalam mencari rezeki. Keduanya kalau takdak mereka susah juga saya hendak mencari rezeki ....

Antara pekara yang menjadi keluhan mereka ialah sistem permit diberikan melalui syarikat, malah di LCCT tiket yang dijual kepada penumpang juga melalui syarikat yang akan mengambil 10% daripada harga jualan tiket. Ditambha pula mereka kena bayar sekitar Rm50 SEHARI kepasa syarikat pemilik syarikat dan kereta.

Dalam perjalanan pulang tempoh hari, sempat juga la mencongak keuntungan hasil perjalanan menghantar saya pulang:-

Harga Tiket - RM 52.00
Potongan kepada konsesi tiket (10%) - RM5.20
Bayaran tol (termasuk dalama harga tiket) - RM6.00 (pergi balik)
Keuntungan kasar (Harga tiket - potongan konsesi - tol) = RM40.80

Ini tidak termasuk penggunaan gas, maknanya dalam trip ini, pemandu masih kekurangan beberapa ringgit untuk membayar sewa hariannya kepada pihak syarikat pemilik teksi (RM50 sehari). Sekiranya ikut kenyataan Pak Menteri, pemandu di LCCT secara purata boleh dapat sekitar 3 trip sehari, maknanya hanya 2 trip yang boleh digunakan untuk menampung belanja harian, satu trip lagi terpaksa digunakan untuk membayar sewa teksi.

Tidak dinyatakan pula untuk mendapatkan 3 trip itu berapa lama mereka terpaksa beratur menunggu, saya dimaklumkan ada pemandu teksi yang bekerja 24 jam sehari untuk beberapa hari - tidak balik kerumah semata-mata mencari rezki kerana terpaksa menunggu begitu lama.

Justeru saya sangat bersetuju pihak kementerian mengawal jumlah teksi di LCCT, namun saya juga percaya pihak kementerian juga perlu melihat peranan syarikat pemegang lesen, juga pemegang kaunter jualan tiket, adakah ianya benar-benar perlu atau sekadar menguntungkan pemilik syarikat berkenaan atas keringat dan air mata orang lain ....

InsyaAllah ada masa saya nak kongsi lagi antara luahan hati pada pemandu teksi ....

...................................................................................................................................................................


LPKP Beku Pemberian Permit Baru Teksi Di LCCT
SEPANG, 18 Mei (Bernama) -- Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) membekukan pemberian permit teksi baru di Terminal Pengangkutan Tambang Murah (LCCT) berkuat kuasa serta-merta manakala 1,512 permit teksi yang telah pun diluluskan sebelum ini, akan dikekalkan.Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata tindakan itu diambil ekoran aduan Persatuan Kebajikan Pemandu Teksi mengenai lambakan permit teksi yang menyebabkan pendapatan mereka berkurangan.Katanya lambakan permit itu menyebabkan pemandu teksi hanya boleh mendapat tiga trip satu hari dan ini tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan lain yang perlu ditanggung oleh pengusaha teksi itu."Saya telah mendengar rintihan mereka (pemandu teksi) dan saya putuskan bahawa pemberian permit hendaklah dibekukan, dan akan dikekalkan kepada jumlah 1,512 sahaja."Kalau pun nanti berlaku kekurangan daripada jumlah itu atas sebab-sebab tertentu, kita akan ganti semula tapi masih dalam had 1,512 permit juga," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis interaksi bersama pemandu teksi, pengusaha teksi serta pengusaha perkhidmatan awam di Terminal LCCT di sini hari ini.Mohamed Nazri berkata ketika perjumpaan itu, beliau dimaklumkan sekiranya tidak berlaku masalah lambakan permit, pemandu teksi boleh mendapat empat trip sehari, yang akan memberikan pendapatan lebihan supaya mereka boleh menampung perbelanjaan sampingan termasuk kos penyelenggaraan kenderaan.Dalam perjumpaan itu, beliau turut mengingatkan pemandu dan pengusaha teksi serta perkhidmatan awam yang lain, supaya memberikan perkhidmatan yang baik kepada penumpang atau pengguna Terminal LCCT memandangkan kemasukan mereka menjangkau 30,000 pengguna sehari."Jangan kita menjaga golongan minoriti sahaja dan akhirnya kita rugi 30,000 pengguna atau penumpang di terminal LCCT. Keutamaan adalah memberikan perkhidmatan terbaik kepada penumpang yang menggunakan terminal itu. Itu target kita," katanya.Selain itu, Mohamed Nazri meminta supaya LPKP mengambil tindakan segera membetulkan ketidakseimbangan tambang harga antara perjalanan teksi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Kuala Lumpur dan dari LCCT ke Kuala Lumpur."Saya minta supaya LPKP perbetulkan perbezaan itu supaya ia akan menunjukkan tambang yang adil kepada pemandu-pemandu teksi dari LCCT ke Kuala Lumpur yang 13km lebih jauh dari KLIA," katanya.Beliau difahamkan jumlah tambang dari KLIA ke Kuala Lumpur adalah RM67 manakala dari LCCT ke Kuala Lumpur pula RM61.Sementara itu, Mohamed Nazri juga akan mengadakan perjumpaan dengan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dengan segera untuk membincangkan isu 'ulat' teksi yang masih dibangkitkan oleh pemandu dan pengusaha teksi di KLIA serta LCCT.Katanya ada cadangan supaya diadakan sekatan jalan raya di jalan keluar terminal LCCT dan KLIA, bagi membolehkan penahanan dan siasatan dijalankan sekiranya terdapat teksi 'ulat' yang membawa penumpang."Dengan cara itu, kita dapat menghalang aktiviti 'ulat' teksi itu. Pihak saya hanya boleh menguatkuasakan syarat pemberian permit di mana sekiranya mereka tertangkap, pemandu atau pengusaha terlibat dikehendaki menghantar surat tunjuk sebab. Sekiranya gagal, LPKP akan batalkan terus permit mereka," katanya.-- BERNAMA

Saturday, May 16, 2009

Selsema Babi




Salam.
Bila selsema babi org sibuk nak tukar nama, katanya menjejaskan industri babi, tapi masa dulu sibuk selsema burung tak pulak ada cadangan nak tukar nama.... kenapa ye??

Monday, May 11, 2009

Sijil bukan syarat berjuang

Salam

Sabtu lepas saya sempat berbual-bual sambil makan bersama teman seperjuangan. Dalam berkongsi pengalaman hidup masing-masing, timbul kisah salah seorang sahabat ini sebenarnya tidak berapa "berjaya" ketika melalui alam persekolahan... katanya sekadar SAP.

Sejak berkenalan dengannya, saya sentiasa hormat dan menyanjungi beliau dengan kesungguhan dalam kerja-kerja dakwah serta kebijaksaan yang beliau tampilan, sedikit pun tak menyangkan beliau punya pengalaman yang hidup yang berbeza. Namun saya yakin dan percaya pasti ada faktor lain yang menyumbang kepada pemcapaiannya semasa dialam persekolahan ...

Namun itu bukan persoalanya, cuma ketika itu saya terfikir anugerah kefahaman tentang agama dan perjuangan ini merupakan kurniaan Allah SWT kepada hamba yang dia kasihi, sebagaimana mafhum firman Allah "Barangsiapa yang dimahukan kebaikan keatasnya, maka dia diberikan kefahaman agama ..."

Kesungguhan dan iltizam dalam perjuangan ini tidak memsyaratkan kelulusan yang tinggi, samada dalam jurusan profesional mahupun bidang agama, namun ianya adalah pilihan Allah, kurniaan Allah.

Pengalaman dan sejarah telah membuktikan ramai yang punya kelulusan tinggi juga enggan menyinsing lengan turun ke medan dakwah, masih merasa selesa dengan tiupan hawa dingin yang "mendamaikan". Tapi sejarah juga telah mencatatkan ramai aktivis tegar dakwah yang gigih menekuni usaha dakwah, tanpa pula mengabaikan pengajian untuk mendalami agama - belajar sambil bekerja (dakwah) berasal dari insan biasa tanpa kululusan formal dibidang agama.

Maka marilah kita sama-sama berdoa agar kita senantiasa ditakdirkan Allah untuk terus berada dalam gerak kerja dakwah ini tanpa mengira jumlah banyak atau sedikit, tanpa menghiraukan kritik dan celaan. Kepada sahabat saya ini, saya sentiasa mendoakan agar beliau terus istiqamah dalam perjuangan dan sentiasa dimurahkan rezeki ....

Sunday, May 10, 2009

Selamat Hari Ibu 2

http://www.youtube.com/watch?v=vvOIkNskrOU&feature=related

Selamat Hari Ibu

Salam

Hari ini merupakan sambutan hari ibu, dalam kesempatan ini saya juga ingin mengucapkan selamat hari ibu buat mama tersayang yang tidak pernah jemu menabur kasih sayang ... terima kasih atas doa dan restu ....

Tak lupa juga kepada isteri tersayang yang menjadi ibu kepada 3 org putera/puteri kami, juga tidak pernah lekang menabur kasih pada seluruh isi keluarga .....

Inilah keistimewaan kurniaan Allah kepada manusia khususnya wanita, sebab itu dikatakan nikmat dunia terbaik adalah wanita solehah yang pastinya menyejukan mata dan hati sang suami dan anak2 ....

Pada kaum adam pastinya ada seorang insan bernama wanita yang bermakna dalam hidup anda, syukurilah dan hargailah sebelum terlambat .....

Akhirnya, pastinya penghargaan ini bukan terhenti sekadar sambutan hari ibu, ianya pasti diteruskan bukan sekadar didunia sahaja, namun pastinya diharapkan ianya terus berkekalan hingga kesyurga nanti ....

Terima kasih mama atas segalanya ...
Terima kasih isteriku atas segalanya ....

Thursday, April 23, 2009

Bahana Nafsu

Salam.

"SETIAP kali berakhirnya sambutan yang membabitkan ‘kemeriahan’ pada sebelah malamnya di negara ini, tiga bulan selepas itu akan menyaksikan peningkatan kes membuang bayi dan mengandungkan anak luar nikah.Tempoh ini ibarat ‘musim mengawan’ kerana tiga bulan selepas itu rumah perlindungan wanita akan mencatatkan peningkatan kes wanita tidak bersuami mengandung memohon ‘perlindungan’ dan di seluruh negara pula akan mencatatkan kes buang bayi sama ada yang ditemui masih hidup atau ada janin dibuang di dalam semak, tandas awam atau pusat pembuangan sampah."

Pengalaman sudah mengajar kita, mengapa masih ramai yang tidak mengerti atau buat-buat tidak mengerti. Islam juga telah mengajar untuk menjauhi zina, mengapa sambutan-sambutan yang menjurus kepada zina masih diteruskan.

Jika penganjur dan penguasan masih tidak mahu berumah, mari kita ubah mereka... apa kata anda?


http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Bmdua/20090419041022/Article

Bahana nafsu

Oleh Mohd Azis Ngah
azis@bharian.com.my

SETIAP kali berakhirnya sambutan yang membabitkan ‘kemeriahan’ pada sebelah malamnya di negara ini, tiga bulan selepas itu akan menyaksikan peningkatan kes membuang bayi dan mengandungkan anak luar nikah.Tempoh ini ibarat ‘musim mengawan’ kerana tiga bulan selepas itu rumah perlindungan wanita akan mencatatkan peningkatan kes wanita tidak bersuami mengandung memohon ‘perlindungan’ dan di seluruh negara pula akan mencatatkan kes buang bayi sama ada yang ditemui masih hidup atau ada janin dibuang di dalam semak, tandas awam atau pusat pembuangan sampah.

Cukup menarik untuk membicarakan topik ini kerana umumnya ia membabitkan pasangan yang mengadakan hubungan intim membawa kepada perlakuan seks terlarang. Soal sah atau haram diketepikan pelakunya, asalkan hasrat nafsu serakah dicapai.Istilah ‘mengawan’ mungkin lebih menjurus kepada binatang dan konteks ini ia memang normal, bahkan soal bertukar pasangan bukan masalah besar.

Bagaimanapun, dalam lingkungan penghidupan manusia normal, apatah lagi umat Islam yang tergolong dalam kategori berpelajaran dan pendidikan tinggi, ia sepatutnya tidak berlaku.Menariknya, ‘musim mengawan’ ini berlaku serentak setiap kali adanya sesuatu sambutan membabitkan cuti umum atau dikaitkan dengan meraikan bersama kekasih seperti Tahun Baru, kemerdekaan atau ‘Hari Kekasih’ (Valentine’s Day).Ketika itu jugalah, anak muda bergelar pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS) tidak terkecuali ‘mengawan’ sama ada mendapat persetujuan bersama atau tidak sengaja bersama pasangan masing-masing. Soal hukum agama diketepikan sama sekali, soal baik buruknya perbuatan mereka yang bergelar pelajar universiti juga dibuang ke dalam tong sampah. Paling penting, naluri hati dan nafsu mesti dipenuhi. Kenyataan ini bukan omongan kosong.

Hakikatnya, jika dilihat pada statistik kes buang bayi atau kes gadis mengandung anak luar nikah, ia secara konsisten menunjukkan trend ini selepas beberapa bulan atau maksimum sembilan bulan selepas sesuatu perayaan berlangsung. Ini diakui Pengarah Kem Modal Insan Kewaja, Yahya Mohamed Yusof, 45, yang kini sudah mengendalikan lebih 3,000 kes mengandung anak luar nikah sejak 1998. Rata-ratanya berusia 17 hingga 23 tahun yang mana mereka sebenarnya dalam peringkat mencari ilmu, bukannya mencari keseronokan seks. Kewaja yang ditubuhkan atas inisiatif Yahya bersama isterinya, kini dikhaskan untuk membantu dan menguruskan gadis mengandung anak luar nikah, bertujuan membawa mereka kembali ke pangkal jalan dan pada masa sama mengelak meningkatnya kes membuang bayi. “Kira-kira 50 peratus daripada mereka pelajar sekolah menengah atas dan IPT.

Memang diakui, setiap kali tiba musim perayaan, kami akan menerima banyak kemasukan baru beberapa bulan selepas itu.“Kita perlu melihat ke belakang untuk mengkaji fakta itu dan ia dikira berdasarkan usia kandungan mereka. Kebanyakan mereka mengandung pada bulan yang memang ada sesuatu perayaan atau sambutan berlangsung. Kononnya itu masa bersuka ria. “Kita jangka pada sambutan Hari Kekasih pada Februari lalu kes gadis mengandung di luar nikah akan meningkat selepas Mei kerana kebiasaannya, gadis terbabit hanya menyedari mereka mengandung tiga bulan selepas itu,” katanya. Ketika ini pusat itu menguruskan 55 peserta wanita yang sedang menunggu masa kelahiran bayi mereka mengikut tempoh berbeza. Puratanya, dianggarkan antara 15 hingga 20 orang akan keluar masuk pusat itu setiap bulan. Logiknya, itu hanya statistik daripada sebuah pusat sukarela, belum dikira pusat lain, kes mendiamkan diri atau yang nekad menggugurkan anak semata-mata mahu mengelak menanggung aib diri dan keluarga.

Berdasarkan kaji selidik dan pengalaman Yahya menguruskan pusat itu sejak 21 tahun lalu, ada antara peserta yang beranggapan pertemuan romantik pasangan kekasih sempena Hari Kekasih atau cuti umum sebagai simbolik upacara ‘pecah dara’. Berlainan bagi Yahya yang tetap menganggap semua gadis di bawah jagaannya sebagai mangsa rogol walaupun ada yang mengadakan seks atas dasar suka sama suka. “Seks mestilah melalui proses yang betul, mesti ada peraturan. Tiada wanita yang merancang membuatkan diri dilanda musibah, ini semua disebabkan tipu daya lelaki. Tiada yang teringin nak mengandung anak luar nikah. “Saya anggap semua kes di sini sebagai kes rogol disebabkan mereka jadi pemuas nafsu lelaki. Apa yang boleh disimpulkan ialah bencana maksiat iaitu semua jenis maksiat di negara kita semakin teruk, perlu ada sikap menegur dan mencegah,” katanya.Gadis serah tubuh selepas terjerat umpan cinta

BAGI sesetengah pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT), ada yang sanggup memendekkan cuti semester dua bulan di kampung bersama keluarga semata-mata mahu menghabiskan masa bersama teman lelaki di kampus di penghujung musim cuti. Tempoh masa cuti semester itu juga dianggap masa paling sesuai untuk berpacaran dan lebih teruk ia adalah masa ‘tepat’ untuk mengawan kerana mereka baru saja selesai melepaskan beban menduduki peperiksaan dan semester baru belum bermula. Mengakui hakikat itu, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Mariani Md Nor, menjelaskan apabila dalam keadaan berdua-duaan, ia akan mengaktifkan naluri ghairah manusia. “Itu sebenarnya memberi ruang dan peluang. Waktu mengawan ini juga bermusim, sama seperti jenayah lain, ada kesinambungan tetapi kesannya akan sentiasa diingati. Ia berlaku pada masa tertentu, musim balik bercuti semester, waktu perayaan, misalnya sambutan tahun baru dan Hari Kekasih.“Jika dibincangkan dalam aspek IPT, sesetengah universiti ketika ini adalah musim peperiksaan dan cuti akan bermula Mei hingga Julai ini. Tetapi peliknya, ramai yang akan datang awal, itulah masa nak memadu kasih, jumpa kekasih,” katanya. Selain aspek hubungan pasangan kekasih, Dr Mariani juga menegaskan ada antara pelajar yang sebenarnya terhutang budi dengan ‘pelabur’ terdiri daripada individu yang sudah bekerja, bahkan berumahtangga yang banyak membantu mereka mengatasi masalah kewangan kritikal.

Mereka berkawan rapat, diberi sokongan kebendaan, komputer riba dan wang ringgit menyebabkan mereka mudah merelakan apa saja kehendak teman lelaki mereka.“Apabila ada individu yang boleh memudahkan kehidupan, keperluan mereka akan mudah terjerumus ke arah perbuatan moral tidak sihat. Bagaimana seseorang berpendidikan tinggi tidak boleh menilai bahawa seseorang yang memberikan kemewahan sebenarnya mengharapkan ganjaran.“Berdasarkan pengalaman dalam mengendalikan kes begini, kebanyakan mereka hanya sedar apabila berlaku sesuatu yang tidak sepatutnya, terlanjur atau mengandung. Ini belum dikira kategori bersekedudukan... sudah macam suami isteri,” katanya.Apabila keadaan bertambah genting, pasti mereka akan mencari jalan penyelesaian, jika bernasib baik, mereka akan ditunjukkan jalan yang betul, mendapatkan nasihat tetapi jika tersalah tempat sudah pasti akan ada yang mengesyorkan supaya menggugurkan kandungan.“Mendapatkan pertolongan keluarga adalah perkara paling berat dan sukar kerana sudah pasti akan dimarahi. Caranya ialah mereka mendapatkan pandangan rakan rapat, tetapi kami nasihatkan supaya teruskan kandungan, pergi ke saluran tertentu, kaunselor atau badan bukan kerajaan (NGO).“Mereka sudah buat salah, jangan buat kesalahan kedua membuang atau membunuh bayi dalam kandungan. Masih ada ruang untuk perbaiki dan pulihkan akhlak.

Namun, tegasnya dalam mengendalikan masalah ini, masyarakat perlu mengubah stigma negatif yang memandang serong mengandung anak luar nikah kerana ada kes teraniaya, misalnya dirogol ketika dalam keadaan khayal. Kes pelajar mengandung sebelum kahwin

Kes pertama:

SARA (nama samaran), kini berusia 21 tahun. Ketika rakan sekelasnya sedang berjuang menghabiskan masa belajar di dewan kuliah, beliau kini menunggu masa saat kelahiran bayinya yang dijangka penghujung Mei ini. Kejadian yang berlaku bukan keinginannya, tetapi akibat ledakan nafsu yang gagal dikawal, beliau menanggung sengsara mengandung anak luar nikah. Teman lelakinya menuntut di IPT sama meneruskan pengajian, meneruskan lakonan seolah-olah tiada apa yang berlaku. Biarpun bergelar pelajar universiti yang sepatutnya berfikir panjang sebelum melakukan sesuatu, ia bukannya tembok kebal yang kukuh menahan nafsu serakah, segala-galanya bermula ketika musim cuti semester pada 2008, ketika usia Sara baru mencecah 20 tahun.

Sara dan temannya lelakinya sudah lama berkenalan sejak di bangku sekolah di selatan Semenanjung. Boleh dikatakan, sama-sama masuk universiti dan berulang alik ke kampung setiap kali cuti kerana haluan mereka juga sama. Detik malang hidupnya bermula pada September lalu ketika beliau bersama teman lelakinya tiba di ibu negara menaiki bas untuk pulang ke kampus. Ketika itu Ramadan, bulan mulia bagi umat Islam mengerjakan puasa. Hendak dijadikan alasan atau itu memang perancangan, mereka tiba lewat malam di ibu negara. Anehnya, ketika jam 11 malam, mereka mendakwa kebuntuan bagaimana mahu pulang ke kampus, lantas menyewa hotel murah sekadar untuk bermalam sementara menunggu siang untuk pulang.Meskipun bas atau komuter, transit aliran ringan (LRT) sudah tamat perkhidmatannya, ibu kota sebenarnya tidak pernah sunyi untuk mendapatkan khidmat teksi, ke mana saja destinasi.

Apabila berdua di dalam bilik hotel, sudah tentu ada pihak ketiga. Meskipun Sara dan pasangannya penuntut kursus agama, ternyata bekalan ilmu agama mereka masih kurang sekali gus hanyut atas desakan syaitan.“Ini bukan soal ganjaran, soal hadiah atau suka sama suka. Kami hanya lakukan sekali saja. Terus melekat dan saya hanya sedar mengandung apabila masuk bulan kelima. Perut saya kecil, sebab itu tidak ketara.“Walaupun agak pelik kerana sudah beberapa bulan tidak datang haid, saya anggap perkara biasa hingga masuk bulan kelima. “Kami berusaha mencari jalan termasuk melalui internet.

Akhirnya kami menemui pusat Kewaja dan datang ke sini. Saya akan serahkan anak ini kepada keluarga angkat dan teruskan pengajian selepas ini,” katanya dengan air mata bergenang.Sehingga kini, ibu bapanya masih belum tahu bahawa anak kesayangan mereka sebenarnya bercuti daripada pengajian kerana menunggu masa menyambut kelahiran anak yang tidak dirancang.

Kes kedua.

INA (nama samaran) juga mempunyai masalah dan jalan cerita hampir sama dengan Sara. Semuanya berlaku ketika cuti semester.Gadis Pantai Timur ini juga bermalam bersama kekasihnya gara-gara kehabisan tiket bas ekspres untuk pulang bercuti ke kampung halaman di negeri berjiran. Ketika itu, usianya baru 18 tahun dan kini pelajar sebuah institut pendidikan itu bakal bergelar ibu ketika usianya memasuki 19 tahun.Beliau mendakwa dipaksa teman lelakinya mengadakan seks. Sebaik saja mereka mendapati tiket bas ekspres habis, teman lelaki Ina membawanya bermalam di rumah nenek dan di situlah bermula detik hitam dalam hidupnya. “Kami hanya lakukan hubungan seks sekali saja dan saya teruskan pengajian seperti biasa. Teman lelaki tidak bekerja dan sebenarnya kami baru beberapa bulan berkenalan. Saya hanya sedar mengandung selepas tiga bulan. “Memang keluarga mengamuk dan ibu saudara yang menghantar saya ke sini. Mereka bimbang masa depan saya dan anak,” katanya. Ditanya kenapa tidak membuat laporan polis jika dirogol, Ina terdiam dan jelasnya, bapa anak itu adalah teman lelakinya.

Tuesday, April 21, 2009

Masjid Jamek Miri (Masjid Lama)

Alhamdulillah peluang mengembara ke Miri kali nie disulami dengan suatu pengalaman baru. Kebetulan hotel yang ana duduki betul-betul berhadapan dengan Masjid Jamek Miri (Masjid Lama) - maknanya ada la masjid baru.

Agak pelik bila persekitaran masjid nie penuh dengan pejabat dan juga kedai-kedai, tak nampak pula ada perumahan atau kampung, cuma ada sekolah agama dlm perkarangan masjid. Bila berbual dengan iman masjid, Ust Ridhuan katanya dulu memang ada perumahan / kampung melayu berdekatan masjid tapi akibat dek arus pembangunan penempatan org Islam nie terus ditolak oleh tsunami pemodenan ke pinggiran kota, akibatnya jemaah di masjid ni hanya bergantung pada org luar (mungkin seperti aku), yg singgah untuk solat.

Situasi ini jelas mengimbau situasi di tempat kelahiran ku di Pulau Mutiara, akibat kerakusan pembangunan dan kelemahan perancangan pemerintah / kerajaan, ada masjid yg seakan terpaksa ditutup akibat tiada lagi kariah yg tinggal berdekatan. Masyarakat Islam terpaksa ditolak ke pinggiran kota ataupun ke tanah seberang (bukan Indon tapi seberang perai) kesan dari pelbagai faktor.

Yang pastinya sekiranya kita telusuri sejarah masjid-masjid (lama) ini adalah lambang wujudnya perkampungan masyarakat Islam disesuatu tempat pada masa dulu, org dulu2 tak membina masjid di tempat yg takdak penempatan ....

w'salam