Thursday, August 18, 2005

Padah Tonton Gambar Lucah

Assalamualaikum.
Saya tertarik dengan laporan Berita Harian semalam (17 Ogos 2005) – sila rujuk keratin akhbar dibawah, kajian sains juga membenarkan apa yang Islam ajar dan tuntut pada kita.

Apa yang lebih menarik, pendekatan yang dicadagnkan telah lama dipraktikan oleh kerajaan negeri Kelantan, dibawah pimpinan PAS. Tetapi kerajaan Kelantan bukan bertindak berdasarkan kajian ini, namun ia berdasarkan keyakinan pada apa yang diajar oleh Baginda Rasulullah SAW. Menjaga pandangan daripada melakukan zina.

Mungkin kerajaan Malaysia boleh mempertimbangkan hasil kajian ini untuk dilaksanakan pada masa akan datang. Biarlah mungkin dilihat meniru kerajaan Kelantan tapi untuk kepentingan rakyat khusunya dari segi keselamatan umum ianya sangat wajar dilaksanakan.
Apapun tepuk dada tanya iman.

P/s: selepas menurut kerajaan kelantan menambah cuti bersalin, selepas mengikut kerajaan kelantan memberikan cuti setiap sabtu, mungkin perlu juga kerajaan pusat meniru langkah ini
………………………………………………………………………………………………… ...........................................

Padah tonton gambar lucah
WASHINGTON: Penyelidikan saintifik akhirnya menemui bukti kukuh bahawa tabiat suka melihat imej lucah sebenarnya mendatangkan masalah besar kepada penglihatan.

Majalah New Scientist melaporkan, hasil penyelidikan itu dimasukkan dalam kempen keselamatan jalan raya yang mendesak papan iklan tepi jalan dengan gambar seksi diharamkan dengan harapan ia dapat mengelakkan kemalangan.

Kajian baru oleh pakar psikologi Amerika Syarikat (AS) mendapati golongan yang ditunjukkan dengan imej lucah selalunya gagal memproses imej yang dilihat dengan segera selepas itu.

Penyelidik juga berkata sebahagian jenis personaliti jelas terjejas berbanding yang lain disebabkan fenomena dikenali sebagai ‘buta akibat rangsangan emosi.’

Dr David Zald daripada Universiti Vanderbilt di Nashville, Tennessee dan Marvin Chun serta pasukannya daripada Universiti Yale di Connecticut, menunjukkan beratus-ratus imej kepada peserta sukarela dan meminta mereka memilih imej tertentu dengan pantas.

Kebanyakan imej yang dipilih ialah bercirikan landskap dan arkitek tetapi pakar psikologi memasukkan beberapa imej berunsur emosi, menggambarkan keadaan ganas atau seks.

Semakin hampir imej berunsurkan emosi timbul sebelum imej sasaran, semakin kerap peserta kajian gagal mengesan imej sasaran.

“Kami mendapati orang ramai gagal mengesan imej visual yang muncul satu perlima sesaat selepas imej emosi sedangkan mereka mampu mengesan imej itu dengan masalah kecil selepas imej neutral.

“Kami rasa ini gangguan penting untuk memproses imej dan jika jenis tertentu rangsangan menangkap perhatian, ia dapat memuncak dan menyebabkan maklumat penting tidak dapat diperoleh,” katanya.

Zald berkata, ia terjadi dengan tidak sengaja.

“Rangsangan menangkap perhatian dan sebaik mengesan rangsangan tertentu menyebablan tiada rangsangan lain dapat melaluinya buat beberapa puluh saat,” katanya. – Agensi

©The New Straits Times Press (M) Berhad

Tuesday, August 16, 2005

Bersyukurkah kita?

Alhamdulillah jerebu yang melanda negara telah berlalu. Rata-rata temubual dalam TV semuanya melafazkan kesyukuran atas kepemergian jerebu.

Melafazkan syukur, sekadar adat atau benar-benar bersyukur?

Bagi kita pelbagai cara untuk membuktikan kesyukuran kita, dengan bertambahnya amalan kita, bertambah tunduk dan takut kita pada PEMILIK jerebu. Boleh juga dengan mengandakan usaha dakwah kita, menceritakan kebesaran Allah.

Bagi sebuah kerajaan pula, jika suatu ketika dulu Pak Lah meminta rakyat menunaikan solat hajat dan mohon pada yang esa. Adakah saranan ini akan terus konsisten? Ujian pertama Pak Lah, menjelang sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang bakal tiba. Bagaimana bentuknya? Dengan solat hajat atau dengan dangdut dan tarian ngajat?

Kita tunggu dan lihat, biarlah kita benar-benar bersyukur dan insaf dengan peringatan Allah kali ini. Sesungguhnya sangat sedikit manusia yang bersyukur ....

Tuesday, August 09, 2005

Jerebu vs Tsunami

Assalamualaikum.

Semalam masa menyaksikan My Big News, berita ada menyebut jerebu yang melanda negara mungkin berlanjutan sampai september, keadaan juga mungkin akan bertambah teruk.

PAgi tadi ketika membaca utusan online pula, darurat mungkin diisytiharkan sekiranya keadaan bertambah buruk.

Berdasarkan dua premis ini, terfikir pula mcmana la keadaan sambutan kemerdekaan negara pada penghujung bulan ni. Sekiranya dua premis ini benar-benar berlaku, mungkin pesta-pesta maksiat yang telah di atur terpaksa di"TUNDA".

Sambutan menyambut tahun baru 2005 telah di"TUNDA" kerana satu lagi "bencana alam" - TSUNAMI. Kali ni sambutan tahun kemerdekaan mungkin turut "terancam" akibat satu lagi "protes" bumi kali ini berbentuk JEREBU.

Tak kan la kita nie asyik nak kena diingatkan oleh "protes" bumi dalam usaha untuk me"nangguh"kan pesta - pesta maksiat nie ...

Adakah bumi akan terus mem"protes" ?? TUNGGU!!!