Thursday, August 18, 2005

Padah Tonton Gambar Lucah

Assalamualaikum.
Saya tertarik dengan laporan Berita Harian semalam (17 Ogos 2005) – sila rujuk keratin akhbar dibawah, kajian sains juga membenarkan apa yang Islam ajar dan tuntut pada kita.

Apa yang lebih menarik, pendekatan yang dicadagnkan telah lama dipraktikan oleh kerajaan negeri Kelantan, dibawah pimpinan PAS. Tetapi kerajaan Kelantan bukan bertindak berdasarkan kajian ini, namun ia berdasarkan keyakinan pada apa yang diajar oleh Baginda Rasulullah SAW. Menjaga pandangan daripada melakukan zina.

Mungkin kerajaan Malaysia boleh mempertimbangkan hasil kajian ini untuk dilaksanakan pada masa akan datang. Biarlah mungkin dilihat meniru kerajaan Kelantan tapi untuk kepentingan rakyat khusunya dari segi keselamatan umum ianya sangat wajar dilaksanakan.
Apapun tepuk dada tanya iman.

P/s: selepas menurut kerajaan kelantan menambah cuti bersalin, selepas mengikut kerajaan kelantan memberikan cuti setiap sabtu, mungkin perlu juga kerajaan pusat meniru langkah ini
………………………………………………………………………………………………… ...........................................

Padah tonton gambar lucah
WASHINGTON: Penyelidikan saintifik akhirnya menemui bukti kukuh bahawa tabiat suka melihat imej lucah sebenarnya mendatangkan masalah besar kepada penglihatan.

Majalah New Scientist melaporkan, hasil penyelidikan itu dimasukkan dalam kempen keselamatan jalan raya yang mendesak papan iklan tepi jalan dengan gambar seksi diharamkan dengan harapan ia dapat mengelakkan kemalangan.

Kajian baru oleh pakar psikologi Amerika Syarikat (AS) mendapati golongan yang ditunjukkan dengan imej lucah selalunya gagal memproses imej yang dilihat dengan segera selepas itu.

Penyelidik juga berkata sebahagian jenis personaliti jelas terjejas berbanding yang lain disebabkan fenomena dikenali sebagai ‘buta akibat rangsangan emosi.’

Dr David Zald daripada Universiti Vanderbilt di Nashville, Tennessee dan Marvin Chun serta pasukannya daripada Universiti Yale di Connecticut, menunjukkan beratus-ratus imej kepada peserta sukarela dan meminta mereka memilih imej tertentu dengan pantas.

Kebanyakan imej yang dipilih ialah bercirikan landskap dan arkitek tetapi pakar psikologi memasukkan beberapa imej berunsur emosi, menggambarkan keadaan ganas atau seks.

Semakin hampir imej berunsurkan emosi timbul sebelum imej sasaran, semakin kerap peserta kajian gagal mengesan imej sasaran.

“Kami mendapati orang ramai gagal mengesan imej visual yang muncul satu perlima sesaat selepas imej emosi sedangkan mereka mampu mengesan imej itu dengan masalah kecil selepas imej neutral.

“Kami rasa ini gangguan penting untuk memproses imej dan jika jenis tertentu rangsangan menangkap perhatian, ia dapat memuncak dan menyebabkan maklumat penting tidak dapat diperoleh,” katanya.

Zald berkata, ia terjadi dengan tidak sengaja.

“Rangsangan menangkap perhatian dan sebaik mengesan rangsangan tertentu menyebablan tiada rangsangan lain dapat melaluinya buat beberapa puluh saat,” katanya. – Agensi

©The New Straits Times Press (M) Berhad

No comments: