Thursday, February 17, 2011

Tol NPE dikurangkan : Tahniah Rakyat Malaysia!!

Salam

Hari ini rakyat Malaysia terpegun, kaku tidak percaya apabila diumumkan salah satu tol dikurangkan harganya. Sesuatu yang tidak dapat dijangkan dan diharapkan suatu ketika dahulu.

Rintihan demi rintihan, himpunan aman demi himpunan aman sebelum ini tidak pernah diendahkan kerajaan Umno Barisan Nasional (UBN), malah kadar tol terus dinaikan dengan pelbagai alasan. Yang paling terkenal kerajaan terpaksa menanggung subsidi yang besar sekiranya tidak menaikan kadar tol.

Mengapa kini boleh? Inilah dinamakan kuasa rakyat, ketuanan rakyat.

Sekali lagi kerajaan UBN terpaksa akur dengan kebijaksanaan pimpinan Pakatan Rakyat (PR), PR terlebih dahulu mengumumkan dasar penghapusan tol didalam Buku Jingga (dah baca Buku Jingga?)yang dilancarkan beberapa bulan lalu.



Saya kira disinilah pentingnya saranan Prof Aziz Bari untuk sesebuah negara mempunyai sistem 2 parti yang saling bersaing - faedahnya pasti untuk rakyat. Inilah juga salah satu agenda Buku Jingga, untuk mengembalikan ketuanan rakyat.

Ini baru permulaan kepada Malaysia yang lebih sejahtera, marilah perkasakan ketuanan rakyat. Ubah sekarang selamatkan Malaysia.