Thursday, August 18, 2005

Padah Tonton Gambar Lucah

Assalamualaikum.
Saya tertarik dengan laporan Berita Harian semalam (17 Ogos 2005) – sila rujuk keratin akhbar dibawah, kajian sains juga membenarkan apa yang Islam ajar dan tuntut pada kita.

Apa yang lebih menarik, pendekatan yang dicadagnkan telah lama dipraktikan oleh kerajaan negeri Kelantan, dibawah pimpinan PAS. Tetapi kerajaan Kelantan bukan bertindak berdasarkan kajian ini, namun ia berdasarkan keyakinan pada apa yang diajar oleh Baginda Rasulullah SAW. Menjaga pandangan daripada melakukan zina.

Mungkin kerajaan Malaysia boleh mempertimbangkan hasil kajian ini untuk dilaksanakan pada masa akan datang. Biarlah mungkin dilihat meniru kerajaan Kelantan tapi untuk kepentingan rakyat khusunya dari segi keselamatan umum ianya sangat wajar dilaksanakan.
Apapun tepuk dada tanya iman.

P/s: selepas menurut kerajaan kelantan menambah cuti bersalin, selepas mengikut kerajaan kelantan memberikan cuti setiap sabtu, mungkin perlu juga kerajaan pusat meniru langkah ini
………………………………………………………………………………………………… ...........................................

Padah tonton gambar lucah
WASHINGTON: Penyelidikan saintifik akhirnya menemui bukti kukuh bahawa tabiat suka melihat imej lucah sebenarnya mendatangkan masalah besar kepada penglihatan.

Majalah New Scientist melaporkan, hasil penyelidikan itu dimasukkan dalam kempen keselamatan jalan raya yang mendesak papan iklan tepi jalan dengan gambar seksi diharamkan dengan harapan ia dapat mengelakkan kemalangan.

Kajian baru oleh pakar psikologi Amerika Syarikat (AS) mendapati golongan yang ditunjukkan dengan imej lucah selalunya gagal memproses imej yang dilihat dengan segera selepas itu.

Penyelidik juga berkata sebahagian jenis personaliti jelas terjejas berbanding yang lain disebabkan fenomena dikenali sebagai ‘buta akibat rangsangan emosi.’

Dr David Zald daripada Universiti Vanderbilt di Nashville, Tennessee dan Marvin Chun serta pasukannya daripada Universiti Yale di Connecticut, menunjukkan beratus-ratus imej kepada peserta sukarela dan meminta mereka memilih imej tertentu dengan pantas.

Kebanyakan imej yang dipilih ialah bercirikan landskap dan arkitek tetapi pakar psikologi memasukkan beberapa imej berunsur emosi, menggambarkan keadaan ganas atau seks.

Semakin hampir imej berunsurkan emosi timbul sebelum imej sasaran, semakin kerap peserta kajian gagal mengesan imej sasaran.

“Kami mendapati orang ramai gagal mengesan imej visual yang muncul satu perlima sesaat selepas imej emosi sedangkan mereka mampu mengesan imej itu dengan masalah kecil selepas imej neutral.

“Kami rasa ini gangguan penting untuk memproses imej dan jika jenis tertentu rangsangan menangkap perhatian, ia dapat memuncak dan menyebabkan maklumat penting tidak dapat diperoleh,” katanya.

Zald berkata, ia terjadi dengan tidak sengaja.

“Rangsangan menangkap perhatian dan sebaik mengesan rangsangan tertentu menyebablan tiada rangsangan lain dapat melaluinya buat beberapa puluh saat,” katanya. – Agensi

©The New Straits Times Press (M) Berhad

Tuesday, August 16, 2005

Bersyukurkah kita?

Alhamdulillah jerebu yang melanda negara telah berlalu. Rata-rata temubual dalam TV semuanya melafazkan kesyukuran atas kepemergian jerebu.

Melafazkan syukur, sekadar adat atau benar-benar bersyukur?

Bagi kita pelbagai cara untuk membuktikan kesyukuran kita, dengan bertambahnya amalan kita, bertambah tunduk dan takut kita pada PEMILIK jerebu. Boleh juga dengan mengandakan usaha dakwah kita, menceritakan kebesaran Allah.

Bagi sebuah kerajaan pula, jika suatu ketika dulu Pak Lah meminta rakyat menunaikan solat hajat dan mohon pada yang esa. Adakah saranan ini akan terus konsisten? Ujian pertama Pak Lah, menjelang sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang bakal tiba. Bagaimana bentuknya? Dengan solat hajat atau dengan dangdut dan tarian ngajat?

Kita tunggu dan lihat, biarlah kita benar-benar bersyukur dan insaf dengan peringatan Allah kali ini. Sesungguhnya sangat sedikit manusia yang bersyukur ....

Tuesday, August 09, 2005

Jerebu vs Tsunami

Assalamualaikum.

Semalam masa menyaksikan My Big News, berita ada menyebut jerebu yang melanda negara mungkin berlanjutan sampai september, keadaan juga mungkin akan bertambah teruk.

PAgi tadi ketika membaca utusan online pula, darurat mungkin diisytiharkan sekiranya keadaan bertambah buruk.

Berdasarkan dua premis ini, terfikir pula mcmana la keadaan sambutan kemerdekaan negara pada penghujung bulan ni. Sekiranya dua premis ini benar-benar berlaku, mungkin pesta-pesta maksiat yang telah di atur terpaksa di"TUNDA".

Sambutan menyambut tahun baru 2005 telah di"TUNDA" kerana satu lagi "bencana alam" - TSUNAMI. Kali ni sambutan tahun kemerdekaan mungkin turut "terancam" akibat satu lagi "protes" bumi kali ini berbentuk JEREBU.

Tak kan la kita nie asyik nak kena diingatkan oleh "protes" bumi dalam usaha untuk me"nangguh"kan pesta - pesta maksiat nie ...

Adakah bumi akan terus mem"protes" ?? TUNGGU!!!

Sunday, July 10, 2005

Selangor Negeri MAju ...

Semalam ketika mengikuti Buletin Utama, saya tertarik apabila diberitakan kemungkinan tariff air di Negeri Selangor akan dinaikkan. Tan Sri Rozali Ismail, Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Sdn Bhd melaporkan tariff air terpaksa dinaikan kerana keadaan sungai-sungai di Selangor semakin kritikal, semakin tercemar. 2 logi Puncak air juga terpaksa ditutup kesan daripada pencemaran sungai ini.

Keadaan kritikal ini digambarkan lagi dengan 8 daripada 26 sungai di Selangor dilaporkan sangat kritikal, dan diistilahkan sebagai sudah mati dan sekurang-kurangnya setengah lagi bakal menghadapi situasi yang sama.

Persoalannya mengapa sekali lagi rakyat yang akan dibebani? Isu pencemaran air sungai 100% berpunca dari rakyat jelata? Mengapa golongan yang seolah-olah tiada pembela ini terus dibebani dan dizalimi.

Mengikut laporan tersebut, sungai-sungai ini dicemari dengan bahan-bahan kimia yang terlalu banyak. Salah siapakah ini? Mana mungkin rakyat biasa yang menbuang bahan kimia dalam jumlah yang banyak? Mana mungkin juga rakyat punya kuasa untuk menguatkuasa undang-undang dan peraturan?

Pada hemat saya pembuangan bahan kimia secara berleluasa berpunca dari kawasan perindustrian yang padat di Selangor. Mengapa mereka begitu bebas membuang bahan kimia ini secara berleluasa, dimanakah pula pegawai penguatkuasa?

Sekiranya ini puncanya, mengapa rakyat terendah dan termiskin dizalimi?

Kesian rakyat Malaysia khasnya rakyat Selangor, dalam keadaan akan diumumkan Negeri Maju mereka akan terus dibebani dengan pelbagai kenaikan harga barangan dan kemudahan. Rakyat kini dilihat tidak punya pembela, terus dizalimi tanpa simpati.

AGENDA MEMBELA RAKYAT

Wednesday, July 06, 2005

ISA ke Isa

dah lama tak menulis dlm blog nie, mula nak menyesuaikan diri dgn alam baru ...

mungkin agak terlambat nak komen tapi just nak share my opinion.. pasal isu politik wang @ rasuah ..

agak terkejut bila Isa Samad di kenakan hukuman selepas didapati bersalah, bukan terkejut sebab ada betul politik wang dlm UMNO tapi terkejut bila ada pimpinan tertinggi parti yg kena. nampaknya serious benor Pak Lah kali nie ..

tapi tetiba lak katanya laporan yg lewat tak akan dilayan, laporan yg lepas tarikh tutup tak akan dilayan. mcm kita masuk pertandigan kuiz la pulak ada tarikh tutup.

persoalannya mengapa dihadkan masa? adakah selepas tarikh tu semua kes politik wang akan bertukar status dr haram kepada halal, dari melanggar peraturan kepada mematuhi peraturan.

sejauh mana seriuos Pak Lah nak banteras rasuah kini menjadi persoalan, serious benor kah?

Wednesday, May 11, 2005

apa yg dicari?

assalamualaikum.

dalam sehari dua nie perbincangan asyik berkenaan dengan keadilan gender. dunia makin keliru, sama ke wanita dan lelaki nie?

Malaysia pun dengan bangganya mengorak langkah untuk tampil sebagai pembela kaum hawa ini dengan kapasiti sebagai pengerusi NAM. apa yg nak diperjuangkan?

teringat semasa di alam kampus, ada pihak universiti-universiti tempatan anjurkan seminar kecelaruan gender kat port dickson. masa tu memang la bincang berkenaan kaum yg terkeliru nak masuk gender mana, tapi mungkin ada pihak yg terkeliru dengan hak gender pula.

saya tertarik dengan satu tulisan, wanita ni Allah muliakan dengan pelbagai cara. Namun apasal la pulak yang nak sama dengan lelaki. Mengapa diletakkan bench mark tu lelaki? Adakah dengan boleh melakukan semua benda yang lelaki buat kaum hawa akan jadi mulia?

Dimanakah bench mark kemuliaan dan hak yang dituntut. Adakah bench mark Allah yg kita pakai atau bench mark akal logik kita sahaja.

Satu ketika dulu, kat eropah para pekerja wanita kat satu lombong arang batu menuntut hak yang sama mcm kaum lelaki, bila masa berehat boleh buka baju pasal nak hilangkan kepanasan badan. Adakah dengan mendapat equlity gender ini golongan pekerja ni menjadi mulia?

Maka jadikanlah bench mark Allah sebagai ukuran. Kaum hawa Allah muliakan dengan boleh mengandungkan zuriat, Allah letakan pula ketaatan si anak lebih utama pada si iu, muliakan?

Seperkara lagi, dalam melaungkan hak wanita ini, kekadang kita juga terlupa masyarakat kapitalis acap kali mengekslpoit keduukan kaum hawa ni. Mengapa nak ekploitasikan wanita dalam iklan dan rancangan TV, muliakah kaum wanita dengan cara begini?

Maka kemuliaan dan keadilan hak yang bagaimana hendak dituntut .. tepuk dada tanyalah iman ..

Friday, April 22, 2005

Syukor dan Tahniah ISA7

Semalam ketika saya bersama emak dan adik menziarahi salah seorang bapa saudara, sekitar 12.00 tgh saya menerima SMS dari seorang sahabat “Hari ini ISA7 telah dibebaskan. Terima kasih atas sokongan semua. InsyaAllah kami akan kembali ke kampus untuk meneruskan pengajian…” , lebih kurang begitulah bunyi SMS yang diterima. Secara sepontan kalimah “Takbir : Allahuakbar” terlintas dalam hati diikuti rasa syukur dan gembira. Akhirnya penderitaan yang mereka tanggun selama hampir empat tahun berakhir dengan episod gembira. Mungkin saya bukanlah orang yang layak untuk mengulas berkenaan isu nie, kerana tidak banyak menyumbang dan terlibat sama. Ramai lagi rakan-rakan yang terlibat secara langsung, mengorbankan masa mereka, wang mereka, tenaga, cuti dan sebagainya. Namun atas rasa kesyukuran ini, ingin juga nak menulis sesuatu walau sebaris dua.

ISA7 menjadi antara legenda dalam sejarah perjuangan mahasiswa apabila ISA7 ini antara ratusan mahasiswa yang berhimpun secara AMAN sekadar menytakan rasa hati dan pandangan dalam sebuah Negara demokrasi. Perhimpunan dihadapan masjid Negara untuk menyatakan bantahan terhadap kekejaman ISA yang menahan manusia tanpa bicara. Ikut Suka Aku (ISA).

Walaupun episod kejam dan zalim telah berakhir, namun pastinya director kepada kisah ini berpuas hati kerana berjaya menyiksa ISA7 selama hampir empat tahun secara khususnya dan membunuh ratusan jiwa mahasiswa untuk terus berani menyatakan pandangan mereka (walaupun mereka masih GAGAL membunuh puluhan ribu lagi jiwa mahasiswa yang punya prinsip perjuangan). Empat tahun bukan satu tempoh yang singkat, bagi seorang anak kecil tempoh empat tahun menyaksikan si anak kecil yang tidak mampu berjalan sudah mampu bejalan, yang hanya tahu menangis sudah pandai berkata-kata dan mungkin ada yang telah bersedia untuk memulakan alam pendidikan formal.

Mungkin ISA7 boleh menyambung pelajaran semula, namun siapa yang mampun untuk membayar semula nilai empat tahun yang berlalu. Mereka lalui dengan seribu satu keperitan, terpaksa mencari alternative ruang belajar, ada yang mencari alternative pekerjaan. Bagaimana mereka berhadapan dengan keluarga, sanak-saudara dan rakan-rakan. Ketika itu mereka belum di buktikan bersalah namun mereka telah dijatuhkan hukuman sebagai pesalah. Mereka dihukum secara fizikal dan mental semata-mata berhimpun secara AMAN untuk menyatakan pandangan dalam sebuah Negara demokrasi. Dan akhirnya mereka dibebakan tanpa sebarang hukuman!!!

Kepada sahabat-sahabat ISA7, saya ucapkan tahniah atas pembebasan ini, moga kalian terus tabah dalam mengharungi ujian hidup dan terus istiqamah dalam jalan dakwah.

Selepas selesai solat subuh tadi, terfikir mungkin inilah “Satu Lagi Projek Kerajaan Barisan NAsional – Mengadai Masa Depan Anak BAngsa Demi Survival Politik”

Monday, April 18, 2005

Terima Kasih

Assalamualaikum.

Nak ucapkan bebanyak terima kasih pada Amat atas dorongan, sokongan dan tekanan untuk wujudkan laman nie. InsyaAllah akan dimanfaatkan sebaik mungkin. Thanks again to Amad ... wasalam.

Tuesday, April 12, 2005

Kesihatan Satu Amanah

Hari Khamis lepas dalam salah satu usrah, ada la tertimbul isu berkenaan dengan menjaga kesihatan. Timbul kerisauan pasal ramai penggerak jemaah terdedah dengan pelbagai penyakit “orang kaya” – darah tinggi, sakit jantung, kencing manis dan sebagainya.

Mungkin ramai yang mengambil ringan berkenaan dengan penjagaan kesihatan. Ambil enteng dan mudah. Kesannya jemaah akan terasa kerugian bila ada kematian penggerak jemaah pada usia muda, atau sekurang-kurangnya terbatas gerakannya dan kemampuannya akibat masalah kesihatan. Akal yang cerdas datang dari badan yang cergas.

Mungkin juga tidak terasa kesihatan anugerah Allah ini suatu amanah yang perlu kita pikul dan jaga elok-elok. Sebagaimana kita yakin berjuang dan beramal dijalan Allah itu satu kewajipan maka menjaga tubuh badan dengan sebaik mungkin juga satu tuntutan dan kewajipan sebagai seorang muslim. As-syahid Hassan Al-Banna ada mengingatkan antara kewajipan seorang ahli gerakan jemaah ialah untuk segera membuat pemeriksaan kesihatan dan mengambil berat perkara yang boleh mempengaruhi kesihatan (boleh rujuk risalah ta’alim). Al-Ustaz Fathi Yakan juga ada menekankan perkara yang sama dalam kitab usrah yang sering kita baca dan bawa bersama “Apa Ertinya Saya Menganut Islam”.

Maka ana kira perkara ini perlulah sama-sama kita fikirkan bersama dan mengambil pengiktibaran. Antara perkara yang diperbincangkan didalam usrah tempoh hari berkenaan pemakanan. Agak mengerikan apabila menjadi amalan setiap kali habis program atau mesyuarat mahupun usrah, ahli jemaah menjadikan kedai mamak destinasi seterusnya, melayan roti telur atau nasi lemak bersama teh tarik. Mungkin tujuannya nak mengeratkan ukhuwah tapi tabiat pemakanan begini ana kira kurang sihat.

Satu perkara lagi berkenaan faktor rehat. Seringkali terjadi mesyuarat yang sepatutnya bermula jam 9mlm terpaksa ditunda sehingga 945mlm, akibatnya mesyuarat yang dijangka habis sekitar 11mlm akan terlajat ke 12mlm, akibatnya para petugas akan balik lewat dan kurang rehat. Pada ana tidak salah, untuk kita bertugas atau bermesyuarat sehingga lewat malam, tetapi sekiranya kelewatan kita disebabkan perkara yang boleh dielakan mengapa yang membebankan dan menyuasahkan diri atau pun sahabat yang lain. Maka perkara ketepatan masa dan disiplin ini juga merupakan antara faktor penyumbang kepada cara hidup yang kurang sihat.

Seterusnya, ana tertarik apabila beberapa minggu lepas membaca artikel yang menceritakan tentang Pak Ungku yang usianya telah menjangkau 80-an tetapi masih sihat dan bertenaga, masih mampun memberikan idea yang bernas. Antara petua yang diberikan ialah menjaga pemakanan dan sentiasa bersenam. Bagi Pak Ungku senaman adalah sesuatu kegiatan yang boleh mengeluarkan peluh, dia berpandangan golf bukanlah suatu senaman tetapi sekadar satu kaedah untuk menghabiskan wang. Persoalanya berapa kerap kita bersenam, dalam erti kata yang sebenar? Dalam dua minggu lepas ana berkesempatan mengikuti program bersama mas’ul tarbiyah PKS, Pak Mirwan di Shah Alam. Pak Mirwan menyatakan antara perkara yang wajib menjadi amalan harian ahli PKS ialah bersenam sekurang-sekurangnya 15 minit sehari. Menarik! Selain dari amalan roh dan akal mereka juga mewajibkan pembinaan fizikal.

Justeru kitorang dah memulakan inisiatif dengan mengadakan aktiviti berbasikal setiap sabtu dan ahad pagi bermula sesudah subuh sehingga sekitar 930pg.

Lain-lain perkara pada ana ialah amalan tidur selepas subuh, memang sedap dan mengasyikan namun eloklah bermujahadah sikit demi menjaga kesihatan kita.

Ana kira itu sahaja coretan ringkas hujung minggu ana, moga kita dapat sama-sama fikirkan dan memulakan langkah untuk menjaga kesihatan, pada sahabat yang sedang berjuang untuk mengurangkan berat badan, teruskan usaha anda insyaAllah muhajadah ini juga akan diganjari Allah. Selamat menjaga kesihatan!!