Friday, April 22, 2005

Syukor dan Tahniah ISA7

Semalam ketika saya bersama emak dan adik menziarahi salah seorang bapa saudara, sekitar 12.00 tgh saya menerima SMS dari seorang sahabat “Hari ini ISA7 telah dibebaskan. Terima kasih atas sokongan semua. InsyaAllah kami akan kembali ke kampus untuk meneruskan pengajian…” , lebih kurang begitulah bunyi SMS yang diterima. Secara sepontan kalimah “Takbir : Allahuakbar” terlintas dalam hati diikuti rasa syukur dan gembira. Akhirnya penderitaan yang mereka tanggun selama hampir empat tahun berakhir dengan episod gembira. Mungkin saya bukanlah orang yang layak untuk mengulas berkenaan isu nie, kerana tidak banyak menyumbang dan terlibat sama. Ramai lagi rakan-rakan yang terlibat secara langsung, mengorbankan masa mereka, wang mereka, tenaga, cuti dan sebagainya. Namun atas rasa kesyukuran ini, ingin juga nak menulis sesuatu walau sebaris dua.

ISA7 menjadi antara legenda dalam sejarah perjuangan mahasiswa apabila ISA7 ini antara ratusan mahasiswa yang berhimpun secara AMAN sekadar menytakan rasa hati dan pandangan dalam sebuah Negara demokrasi. Perhimpunan dihadapan masjid Negara untuk menyatakan bantahan terhadap kekejaman ISA yang menahan manusia tanpa bicara. Ikut Suka Aku (ISA).

Walaupun episod kejam dan zalim telah berakhir, namun pastinya director kepada kisah ini berpuas hati kerana berjaya menyiksa ISA7 selama hampir empat tahun secara khususnya dan membunuh ratusan jiwa mahasiswa untuk terus berani menyatakan pandangan mereka (walaupun mereka masih GAGAL membunuh puluhan ribu lagi jiwa mahasiswa yang punya prinsip perjuangan). Empat tahun bukan satu tempoh yang singkat, bagi seorang anak kecil tempoh empat tahun menyaksikan si anak kecil yang tidak mampu berjalan sudah mampu bejalan, yang hanya tahu menangis sudah pandai berkata-kata dan mungkin ada yang telah bersedia untuk memulakan alam pendidikan formal.

Mungkin ISA7 boleh menyambung pelajaran semula, namun siapa yang mampun untuk membayar semula nilai empat tahun yang berlalu. Mereka lalui dengan seribu satu keperitan, terpaksa mencari alternative ruang belajar, ada yang mencari alternative pekerjaan. Bagaimana mereka berhadapan dengan keluarga, sanak-saudara dan rakan-rakan. Ketika itu mereka belum di buktikan bersalah namun mereka telah dijatuhkan hukuman sebagai pesalah. Mereka dihukum secara fizikal dan mental semata-mata berhimpun secara AMAN untuk menyatakan pandangan dalam sebuah Negara demokrasi. Dan akhirnya mereka dibebakan tanpa sebarang hukuman!!!

Kepada sahabat-sahabat ISA7, saya ucapkan tahniah atas pembebasan ini, moga kalian terus tabah dalam mengharungi ujian hidup dan terus istiqamah dalam jalan dakwah.

Selepas selesai solat subuh tadi, terfikir mungkin inilah “Satu Lagi Projek Kerajaan Barisan NAsional – Mengadai Masa Depan Anak BAngsa Demi Survival Politik”

No comments: