PAS For All - PAS Untuk Semua, diperkenalkan pada tanggal 11 September 2007, dan kini slogan keramat ini melangkaui usia 2 tahun.
Slogan ini antara yang memberikan impak yang cukup besar pada PAS pada PRU 2008. Namun dalam meniti usia melebihi 2 tahun ternyata, penghayatannya jauh lebih sukar dari pelaksanaannya.
Selepas PAS bersama rakan Pakatan Rakyat mencatat keputusan yang memberansangkan pada PRU ke-12, cabaran untuk melaksanakan PAS For All dituntut rakyat. Harapan yang menggunung tinggi dipikul oleh PAS khususnya dalam membuktikan PAS Untuk Semua, tanpa mengira warna kulit, agama, fahaman politik, latar geografi dan sebagainya. Kerana harapan ini jugalah pelbagai komen dan teguran dalam pelbagai bentuk telah diberikan kepada parti yang menjadi harapan segenap masyarakat Malaysia.
Samada dalam bentuk teguran sopan mahupun yang kelihatan kurang adabnya, ianya manifestasi harapan pada PAS dan cerminan ingin melihat PAS benar-benar mampu memimpin perubahan dan seterusnya merealisasikan PAS for all.
Maka disinilah ahli dan para pimpinan PAS disegenap peringkat terpalit dengan perubahan harapan ini, dari sebuah parti pembangkan kepada parti harapan rakyat. Maka setiap inci penggerak dan pendokong PAS perlu bersedia menerima teguran dan cadangan dari pelbagai pihak sama ada dalam bentuk baik atau sebaliknya, samada teguran itu manis atau sepahit hempedu untuk diterima.
Bila dikatakan PAS untuk semua, maka semua orang berhak memberikan pandangan terhadap PAS, namun akhirnya pimpinan PAS jugalah yang bakal menentukan baik dan buruknya.
Saya yakin dan percaya dalam melalui saat pengalaman baru buat PAS ini, para pendokong PAS makin matang dan terbuka dalam menrima teguran serta kritikan samada dari kawan atau pun lawan, insyaAllah dengan kesediaan ini PAS akan terus dihormati dan disanjungi, bak kata pepatah ular menyusur akar takkan hilang bisanya ...
Monday, November 16, 2009
Wednesday, November 04, 2009
Piala Malaysia
Pagi tadi dalam perjalanan ke pejabat sempat mendengar Radio 24, biasanya ini antara rutin pagi dalam usaha mendapat beberapa maklumat ringkas dan cepat - walau kekadang belum tentu tepat.
Namun saya tertarik dengan usaha pihak Radio 24 mempromosi pertandingan akhir Piala Malaysia yang bakal berlangsung hujung minggu ini antara Kelantan dan Negeri Sembilan. Usaha mempromosi oleh Radio 24 bukan sekadar bermula untuk perlawanan akhir ini, malah saban hari juga saya mendengar diulas tentang perlawanan-perlawanan bolasepak di Malaysia. Ini wajar diberi pujian - tahniah!!
Mungkin kita sudah bosan dengan bola sepak Malaysia, ramai yang lebih kenal pemain luar khususnya EPL (English Premier League), bosan dengan pelbagai masalah, dari campur tangan politik, masalah kewangan, rasuah dan pelbagai pekara yang menyenakkan otak.
Dalam suatu aspek saya kira, dalam usaha mengatasi sambutan hambar dari peminat tempatan usaha seperti Radio 24 ini perlu disangjung. Sambutan dingin peminat tempatan sebenarnya memberi impak langsung kepada kewangan persatuan bola sepak bila mana kehadiran ke stadium turut berkurangan. Jika dilihat sorotan tertunda oleh RTM, kelihatan penontot di stadium-stadium sangat menyedihkan.
Untuk mengatasi masalah ini, kerajaan perlu meningkatkan promosi agar minat dan tumpuan peminat tempatan kembali seperti zaman kegemilangan bola sepak Malaysia. Liga Malaysia merupakan produk, maka promosi sangat penting dalam melariskn jualan produk. Agak mengecewakan bila, kita hanya mampu menayangkan sorotan perlawanan pada waktu yang sudah tidak produktif, selepas jam 12 tengahmalam. Saya mengakui sudah ada peningkatan bila lebih banyak tayangan siaran langsung perlawanan bolasepak di kaca tv namun ianya masih boleh di baiki.
Kita boleh melihat betapa bersungguhnya EPL dipromosi, sorotan jaringan terbaik, sorotan perlawanan mingguan, temubual dengan pemain dan jurulatih, sorotan dan ulasan sebelum permainan malah ada juga sorotan jaringan terburuk ... begitulah kesungguhan mereka. Kita?
Saya juga masih ingat ketika saya di tingkatan satu, salah satu siri karton yang menjadi kegemaran ialah Kickers. Sebaik sahaja solat asar sebelum turun bersukan, kami akan berduyun-duyn ke bilik TV untuk menonton siri Kickers, macam stadium jadinya bilik TV. Siri karton dari Jepun yang menonjolkan kehebatan pasukan bola sepak. Ketika itu Jepun baru mula berjinak-jinak dengan bola sepak dan mungkin juga sebahagian strategi untuk menganjurkan Piala Dunia 2002. Inilah usaha mereka ...
Saya kira ini sebahagian penyelesaian, bila mana kita mampu menarik kembali minat penonton untuk kembali ke stadium, pendapatan persatuan bola sepak boleh meningkat, maka dengan kewangan yang kukuh pelbagai usaha boleh dilakukan oleh persatuan bola sepak. Tiada lagi isu gaji tertunggak, isu caruman KWSP tidak berbayar dan sebagainya.
Akhirnya saya juga ucapkan tahniah pada Kerajaan Negeri Kelantan kerana mengumumkan cuti sebagai meraikan sokongan para peminat Kelantan pada pasukan bole sepak negeri Kelantan, saya kira ini juga sebahagian usaha mengembalikan minat dan sokongan peminat kepada liga tempatan.
Siapa bakal menjuarai Piala Malaysia tahun ini - tunggu ...

Labels:
bola sepak,
Piala Malaysia
Tuesday, October 20, 2009
PPSMI ke MBMMBI
Kementerian Pelajaran melalui Menterinya Tan Sri Muhyddin Yassin telah mengumumkan penamatan dasar PPSMI dan digantikan dengan dasar baru – Memartabatkan Bahasa Melayu, Meperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Alhamdulillah nampaknya gerit pekik serta rintihan rakyat selama ini kelihatan telah diberi perhatian oleh kerajaan.
Setelah pengumuman beberapa bulan lepas tentang penamatan dasar PPSMI paa 2012 kini kementerian hadir dengan sebuah lagi dasar baru berkaitan pembelajaran bahasa disekolah. Ini bukanlah kali pertama dasar pelajaran digubal dan ditukar, namun apa yang jauh lebih penting rakyat ingin meliha sejauh mana pelaksanaan dasar ini menguntungkan negara dan menyumbang kepada pembinaan jatidiri sebuah bangsa Malaysia.
Rangkaian-rangkaian susunan kata menarik mudah disusun bagi menarik perhatian rakayat namun pekasaannya yang menjadi ukuran. Bagi saya biarlah setiap pelaksaan dasar besar pendidikan negara dirujuk pada yang pakar dalam bidangnya.
Teringat saya ketika dasar PPSMI mula diperkenalkan dahulu, ketika itu saya masih menuntut di Univesiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Majoriti pensyarah khususnysa dari Fakulti Pendidikan kurang senang dengan pelaksaan, pelbagai seminar, forum dan kolokium dilaksanakan bagi membincangkan pelaksanaan PPSMI ini, namun semuanya “dibakul sampahkan” oleh pihak kerajaan. Dengarlah pandangan pihak yang punya kepakaran kerana hanya jauhari yang mengenal manikam.
Jangan kerana kepentingan beberapa koperat dan ahli politik tertentu nasib dan masa depan generasi muda kita dikorbankan.
Sepanjang saya pengamatan saya sudah terlalu banyak pelaksaan dasar pendidikan negara yang dilakukan secara semborono dan akhirnya selepas beberapa tahun ianya ditukar semula kepada keaadaan asal, semua ini pastinya akan mengorbankan beberapa generasi pelajar yang menjadi “tikus ujian”.
Saya mengharapkan kerajaan akan benar-benar serius dalam memperjuangkan masa depan negara, biarlah segala bentuk perubahan dirujuk pada yang pakar, janganlah nanti seperti tikur membaiki labu, entah siapa yang menjadi tikur tetapi yang pasti Malaysialah yang menjadi labunya ….
Sunday, October 18, 2009
Bantulah kami...
Sebelum berpindah ke rumah yang saya duduki sekarang, antara kerisauan yang bermain difikiran ialah siapakah yang bakal saya amanahkan untuk menjaga anak-anak ketika saya dan isteri pergi bekerja. Persoalan dan kerisauan ini bermain difikiran, mana tidaknya anak kesayangan akan ditinggalkan kepada orang yang baru dikenali, dan ditinggalkan dengan kepercayaan seratus peratus.
Pelbagai persoalan bermain diminda, dari persoalan keselamatan, makanan sehinggalah ke tahap pendidikan tidak formal kepada anak-anak. Adakah mereka akan dilazimkan dengan berdoa sebelum solat, adakah pengasuh akan menunjukan tauladan soleh kepada anak-anak – sebagai contoh bertudung ketika menjemur pakaian diluar rumah. Serabut dibuatnya.
Jenuh kita cuba memprogramkan pemikiran anak-anak dengan teladan kehidupan soleh, bila ke tabika atau rumah pengasuh lain pula program yang diterapkan keminda anak-anak.
Saya kira kerisauan ini tidak pada saya seorang namun pada kebanyakan ibu bapa. Ada sahabat saya, terpaksa memasang CCTV dirumahnya kerana tidak percaya pada pembantu rumah yang menjaga anak-anak dirumah. Terpaksa memasang mata dan telingan tambahan ketika pergi bekerja.
Akhirnya saya tiba kesatu konklusi, inilah bukti kita hamba yang sangat lemah. Hamba kepada Allah yang Maha Agung. Kita tidak mampu menguruskan kehidupan secara sendirian. Kita perlukan bantuan yang Maha Agung. Sebagaimana doa yang acapkali kita panjatkan dalam zikir mathurat kita:
“ …Janganlah (Ya Allah) Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri, walaupun kadar sekelip mata atau kadar yang lebih pendek dari itu …”
Maka dalam kita merancang urusan seharian, samada urusan keluarga, pejabat mahupun urusan dakwah, lengkapkanlah ia dengan munajat dan permohonan kita kepada Allah tuhan yang Maha Mendengar. Moga dimudahkan-Nya segala urusan kita, khususnya perkara-perkara yang diluar kawalan yang pengetahuan kita. Setelah berusaha, bermesyuarat maka letakanlah pengharapan dan tawakal kepada yang Maha Esa.
Ya Allah bantulah hamba-Mu yang jahil ini, bantulah hamba-Mu yang lemah ini. Bantulah kami dalam mentaati dan mendekati-Mu. Amin.

Monday, October 05, 2009
Tahniah !!
Pagi tadi selepas bertadarus di masjid, nazir diucapkan tahniah oleh salah seorang ahli kariah, "Isshh tahniah apa lak nie, dapat cucu baru ke?", saya tertanya dalam fikiran.
Rupanya ucapan tahniah tuan nazir beraya 6 hari ini. Saya yang masih belum beraya 6 ini, terus rasa teruja dan bersemangat untuk menghabiskan saki-baki puasa 6.
Saya kira inilah juga ajaran Nabi Muhammad SAW, saling mengucapkan tahniah kepada saudara kita. Saya kira ucapan yang ringkas dan mudah bukan sahaja dapat mengembirakan sahabat yang menerima, dapat mengeratkan ukhuwah tapi juga dapat memotivasikan orang lain yang mendengar.
Zaman sahabat dulu, sering dikisahkan para sahabat acakkali bertanya berkaitan amalan yang dilakukan dan saling mengucapakan tahniah atas pencapaian amalan yang dilakukan.
Semoga amalan mengucapkan tahniah atas amalan yang dilakukan para sahabat kita dapat diteruskan ....
Sunday, September 27, 2009
Sekelumit Sifat Rahim
Dalam kesibukan menyambut Eidul Fitri, saya terkena keracunan makanan. Sesekali ada la muntah-muntah.
Bila melihat isteri tersayang, membantu saya di bilik air bila muntah-muntah, adik saya bertanya, “ Kak Anis tahan ye tengok orang muntah?” Dalam hati saya inilah nilai kasih.
Sekelumit sifat rahim kurniaan Allah pada manusia sudah cukup untuk mengangkat seribu nilai bebanan. Dengan sifat inilah, busuk menjadi wangi, susah menjadi senang.
Bagaimana sang ibu tekun sabar mencuci najis si anak, busuk? Pastinya busuk, tapi ianya menjadi wangi dek sifat dan nilai kasih yang terpaut pada dua insan ini (ibu dan anak).. Mampukah ibu yang sama mengutip lampin pakai buang yang ditemui ditepi jalan, penuh dengan najis tapi tanpa tahu siapa tuannya?
Bagaimana pula nanti si anak pula tiba giliran menjaga ibu yang uzur, perlu menguruskan makan – pakai si ibu, nilai kasih juga yang menghilangkan seribu kepayahan.
Nilai kasih juga menghilangkan rasa beban sepasang suami isteri dalam melayari bahtera rumah tangga. Bagaimana beban sang isteri menguruskan rumahtangga, memasak, menggosok pakaian untuk seisi keluarga, semuanya menjadi ringan dan mudah dengan nilai kasih sayang. Sanggup berjaga malam melayani kerenah si anak kecil, walaupun penat namun, nilai kasih itulah yang meringankan.
Itu yang pepatah orang muda-muda menyatakan, kalau bercinta kentot pun menjadi wangi.
Kasih Hakiki
Selepas himpunan Bersih sekitar tahun 2007, ada orang bertanya saya, dapat duit ke turun ke himpunan bersih? T-Shirt kuning ala-ala Digi dapat percuma ke?
Inilah nilai kasih dan cinta hakiki. Bila ada cinta pada Ilahi, Tuhan yang memerintahkan keadilan ditegakan, kezaliman ditumbangkan, Islam terus didaulatkan – maka ratusan ribu manusia berhimpun, kepayahan, kepedihan (air pemedih mata) semuanya terasa mudah dan ringan.
Bila kita kenal dan faham tuntutan sebagai khalifah di bumi, bila kita faham akan tuntutan Allah yang dikasihi maka perjuangan ini pastinya jadi manis dan mudah, perjalanan ratusan kilometer terasa dekat, infa’ ribuan ringgit terasa sikit, lapar juga boleh terasa kenyang dek amukan rasa cinta dan kasih.
Semoga kita dikurniakan kasih pada yang Maha Pencinta dan kasih mereka-mereka yang mengasihi-Nya.
p/s: Terima kasih mama & abah kerana membesarkanku dengan penuh kasih sayang ....
Bila melihat isteri tersayang, membantu saya di bilik air bila muntah-muntah, adik saya bertanya, “ Kak Anis tahan ye tengok orang muntah?” Dalam hati saya inilah nilai kasih.
Sekelumit sifat rahim kurniaan Allah pada manusia sudah cukup untuk mengangkat seribu nilai bebanan. Dengan sifat inilah, busuk menjadi wangi, susah menjadi senang.
Bagaimana sang ibu tekun sabar mencuci najis si anak, busuk? Pastinya busuk, tapi ianya menjadi wangi dek sifat dan nilai kasih yang terpaut pada dua insan ini (ibu dan anak).. Mampukah ibu yang sama mengutip lampin pakai buang yang ditemui ditepi jalan, penuh dengan najis tapi tanpa tahu siapa tuannya? Bagaimana pula nanti si anak pula tiba giliran menjaga ibu yang uzur, perlu menguruskan makan – pakai si ibu, nilai kasih juga yang menghilangkan seribu kepayahan.
Nilai kasih juga menghilangkan rasa beban sepasang suami isteri dalam melayari bahtera rumah tangga. Bagaimana beban sang isteri menguruskan rumahtangga, memasak, menggosok pakaian untuk seisi keluarga, semuanya menjadi ringan dan mudah dengan nilai kasih sayang. Sanggup berjaga malam melayani kerenah si anak kecil, walaupun penat namun, nilai kasih itulah yang meringankan.
Itu yang pepatah orang muda-muda menyatakan, kalau bercinta kentot pun menjadi wangi.
Kasih Hakiki
Selepas himpunan Bersih sekitar tahun 2007, ada orang bertanya saya, dapat duit ke turun ke himpunan bersih? T-Shirt kuning ala-ala Digi dapat percuma ke?
Inilah nilai kasih dan cinta hakiki. Bila ada cinta pada Ilahi, Tuhan yang memerintahkan keadilan ditegakan, kezaliman ditumbangkan, Islam terus didaulatkan – maka ratusan ribu manusia berhimpun, kepayahan, kepedihan (air pemedih mata) semuanya terasa mudah dan ringan.
Bila kita kenal dan faham tuntutan sebagai khalifah di bumi, bila kita faham akan tuntutan Allah yang dikasihi maka perjuangan ini pastinya jadi manis dan mudah, perjalanan ratusan kilometer terasa dekat, infa’ ribuan ringgit terasa sikit, lapar juga boleh terasa kenyang dek amukan rasa cinta dan kasih.
Semoga kita dikurniakan kasih pada yang Maha Pencinta dan kasih mereka-mereka yang mengasihi-Nya.
p/s: Terima kasih mama & abah kerana membesarkanku dengan penuh kasih sayang ....
Ramadhan berlalu ...
Siapa beribadah kerana lailatulqadar
Lailatul Qadar telah berlalu
Siapa beribadah kerana Ramdhan
Ramdhan juga telah berlalu
Siapa beribadah kerana Allah
Allah pasti kekal selama-lamanya ...
Friday, September 18, 2009
Salam Lebaran
“Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Tidak ada tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar, Allah Masa Besar dan bagi Allah segala puji-pujian.”
“Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar sebesar-besarnya, Alhamdulillah (segala puji bagi Allah) sebanyak-banyaknya, Maha Suci Allah pagi dan petang.”
“Tiada tuhan melainkan Allah, kami tidak menyembah kecuali kepada-Nya, dengan ikhlas untuk agama (Islam), walaupun dibenci oleh golongan kafir.”
“Tiada tuhan melainkan Allah yang Esa yang benar janji-Nya, yang menolong hamba-Nya, yang memuliakan tentera-tentera-Nya (tentera Muslimin) dengan mengalahkan tentera Ahzab dengan keesaan-Nya.”
“Tiada tuhan melainkan Allah yang Maha Besar, Allah yang Maha Besar dan milik Allah-lah segala puji-pujian.”
Bagitulah takbir raya yang kita lafazkan sepanjang tahun, tanpa rasa jemu. Alhamdulillah kita bakal menyambut 1 Syawal esok (20 September 2009) sekali lagi.
Dalam meniti detik-detik terakhir ramadhan marilah kita muhasabah adakah kita layak untuk sama-sama meraikan "konvokesyen" universiti Ramadhan ataupun dikenali sebagai Eiul Fitri. Sekiranya Ramadhan sering kita sebut sebagai madrasah, universiti tempat pentarbiyahan yang akhirnya diharapakan lahir seorang graduan yang membawa ijazah "takwa", dan bakal diraikan pada hari raya yang bakal menjelma. Layakkah kita?
Menjelang 1 Syawal ini, marilah sama-sama kita menghayati maksud takbir yang kita lafaz saban tahun, sedar atau tidak itulah juga bait-bait kata yang junjungan mulia Nabi Muhammad SAW lafaz dalam meraikan kemenangan dalam beberapa siri peperangan. Sekiranya diihayati bait-bait akidah, membesarkan Allah dan meletakan seluruh harapan pada Allah, sebagiamana ketika para sahabt menghadapi peperangan Ahzab, pastinya umat Islam akan jauh lebih berjaya.
Dengan seluruh pergantungan diletakan pada Allah SWT, mencabut segala keyakinan dan kebergantungan pada makhluk, kita pasti boleh melangkah lebih jauh bersama Islam. Islam BOLEH!!
Semoga sambutan 1 Syawal tahun ini juga diberikan kita kekuatan untuk meninggalkan maksiat dan meningkatkan ibadah selaras dengan tarbiyah ramadhan yang telah kita lalui.
Akhirnya dalam kesempatan ini saya ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada sebaran kesalahan dan mengucapkan selamat hari raya Eidul Fitri. Allahuakbar!!
Salam Lebara
29 Syawal
Kg Changkat Lobak (Rumah Mertua)
Subscribe to:
Posts (Atom)