Saturday, February 13, 2010

Selamat Tahun Baru Cina

Dalam kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina, kepada sahabat yang berbangsa Cina.




Sebagai seorang muslim saya turut menumpang gembira dengan sambutan tahun baru Cina, kerana masyarakat Cina sebenarnya begitu dekat dengan Islam, sebagai contoh sila lihat beberapa perkara dibawah:

1. Diriwayatkan Islam tiba di negara China pada 651M, yang mana roombongan diketuai oleh Saad bin Abi Waqqas, jauh lebih awal dari tarikh Islam tiba di tanah Melayu.

2. Catatan rasmi menyatakan hari ini terdapat lebih 40 juta umat Islam di negara China, jauh lebih banyak berbanding umat Islam di Malaysia

(http://kelatedaily.blogspot.com/2009/01/susur-galur-islam-di-china.html) (http://www.scribd.com/doc/9665429/Tamadun-Islam-Di-China)

3. Di Kelantan telah di bina sebuah masjid Cina oleh Kerajaan Negeri Kelantan dengan diketuai Imam yang berasal dari Negara China

(http://maghfirah.wordpress.com/2009/02/02/pekok-tuli-ko-buto/) (http://www.panoramio.com/photo/21566524)

Semoga tahun baru ini bakal menjanjikan yang terbaik untuk kita semua, sekali lagi Selamat Tahun Baru Cina.

No comments: