Monday, January 25, 2010

Hari Tanpa Plastik

Bermula Januari 2010, Kerajaan Negeri Selangor Pimpinan Pakatan Rakyat telah melaksanakan dasar hari tanpa plastik. Hari yang dipilih ialah hari Sabtu, saya kira mungkin hari Sabtu merupakan antara hari yang menggunakan banyak plastik disebabkan hujung minggu memberikan orang ramai untuk membeli belah barangan keperluan.






Saya sekeluarga juga acapkali membeli belah pada hari Sabtu, seawal pagi (sekiranya tiada program) saya akan ke pasaraya besar Mydin, agak kekok pada permulaan namun lama-kelamaan ianya menjadi biasa. Alhamdulillah pihak Mydin USJ turut memberikan kerjasama dengan menyediakan kotak bagi mereka yang tidak membawa beg sendiri, suatu pemandangan baru yang menarik bila orang ramai pulang dengan membawa beberapa buah kotak.





Hasrat murni Kerajaan Negeri Selangor ini wajar disambut dengan baik demi menjaga alam sekitar dan mengurangkan penggunaan beg plastik yang akan mencemarkan alam sekitar. Program ini akan diadakan selama 6 bulan dan kesanya akan dinilai semula.

Selain Kerajaan Negeri Selangor, Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang juga pimpinan Pakatan Rakyat turut mengambil langkah yang sama, namun di Pulau Pinang hari tanpa plastik dikuat kuasa pada hari Isnin sehingga Rabu. Namun hasratnya tetap sama.

Islam sebnarnya sejak sekian lama telah menekankan kepentingan menjaga alam sekitar sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Baqarah:

“Dan di antara manusia ada orang yang ucapannya tentang kehidupan dunia menarik hatimu, dan dipersaksikannya kepada Allah (atas kebenaran) isi hatinya, padahal ia adalah penentang yang paling keras. Dan apabila ia berpaling (dari kamu), ia berjalan di bumi untuk mengadakan kerosakan padanya, dan merosak tanam-tanaman dan binatang ternak, dan Allah tidak menyukai kebinasaan” [204-205].

InsyaAllah sekiranya usaha murni ini disambut dan dijayakan dengan niat yang tulus ikhlas kerana Allah SWT, pasti ianya akan diganjari pahala, selain melihat akan kepentingan memulihara alam sekitar.

Sekiranya YB Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang seorang muslim pastinnya dia akan diganjari pahala yang banyak hasil usaha murni kerajaan pimpinannya.

Akhirnya marilah kita hayati tema kempen hari tanpa plastik negeri Selangor:

" Selangor HIJAU, Rakyat Sejahtera"

No comments: