Friday, May 13, 2011

Melayu Sepakat, Islam Berdaulat??

Semalam ketika memandu terserempak dengan sebuah kereta yang menampal pelekat kereta yang tertera " Melayu Sepakat, Islam Berdaulat". Terfikir dibenak ini, adakah kata-kata ini ditulis mengikut keutamaan, maknanya Melayu perlu sepakat barulah Islam berdaulat? Melayu dahulu ... baru Islam .....


Mengenang sirah Rasulullah, saya kira Rasulullah SAW tidak pernah membawa semangat Quraisy sepakat, Islam berdaulat. Kalau tidak masakan Rasulullah tolak pelawaan berdamai dan berkompromi dengan kaum sebangsa dengan baginda dengan pelbagai tawaran dunia. Pastinya Rasulullah mengutamakan Islam terlebih dahulu, sebab itu direlakan pelbagai cercaan dan fitnah di lontarkan kepada baginga demi Islam. Baginda juga ditohmah sebagai pemecah belah masyarakat.

Saya yakin dan percaya agenda mendaulatkan dan memartabatkan Islamlah yang perlu menjadi keutamaan, insyaAllah datanglah kesepakatan bukan sahaja dikalangan Melayu malah seluruh umat manusia pasti akan sepakat.

Lihat sahaja bagaimana peristiwa fathu Mekah, bagaimana situasi hampir pembukaan Mekah, ketika dan selepasnya, apabila Islam berdaulat dan berkuasa, maka Rasulullah mengutamakan perpaduan dan kesepakatan dengan menawarkan pendamaian bagi mereka yang berdiam dirumah, masuk ke rumah ibadah dan sebagainya.

Maka biarlah Islam menjadi keutamaan kita, biarlah Islam itu didaulatkan, insyaAllah sepakatlah seluruh umat manusia, bukankah Islam itu ADIL untuk semua?

No comments: