Sunday, July 10, 2005

Selangor Negeri MAju ...

Semalam ketika mengikuti Buletin Utama, saya tertarik apabila diberitakan kemungkinan tariff air di Negeri Selangor akan dinaikkan. Tan Sri Rozali Ismail, Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Sdn Bhd melaporkan tariff air terpaksa dinaikan kerana keadaan sungai-sungai di Selangor semakin kritikal, semakin tercemar. 2 logi Puncak air juga terpaksa ditutup kesan daripada pencemaran sungai ini.

Keadaan kritikal ini digambarkan lagi dengan 8 daripada 26 sungai di Selangor dilaporkan sangat kritikal, dan diistilahkan sebagai sudah mati dan sekurang-kurangnya setengah lagi bakal menghadapi situasi yang sama.

Persoalannya mengapa sekali lagi rakyat yang akan dibebani? Isu pencemaran air sungai 100% berpunca dari rakyat jelata? Mengapa golongan yang seolah-olah tiada pembela ini terus dibebani dan dizalimi.

Mengikut laporan tersebut, sungai-sungai ini dicemari dengan bahan-bahan kimia yang terlalu banyak. Salah siapakah ini? Mana mungkin rakyat biasa yang menbuang bahan kimia dalam jumlah yang banyak? Mana mungkin juga rakyat punya kuasa untuk menguatkuasa undang-undang dan peraturan?

Pada hemat saya pembuangan bahan kimia secara berleluasa berpunca dari kawasan perindustrian yang padat di Selangor. Mengapa mereka begitu bebas membuang bahan kimia ini secara berleluasa, dimanakah pula pegawai penguatkuasa?

Sekiranya ini puncanya, mengapa rakyat terendah dan termiskin dizalimi?

Kesian rakyat Malaysia khasnya rakyat Selangor, dalam keadaan akan diumumkan Negeri Maju mereka akan terus dibebani dengan pelbagai kenaikan harga barangan dan kemudahan. Rakyat kini dilihat tidak punya pembela, terus dizalimi tanpa simpati.

AGENDA MEMBELA RAKYAT

No comments: