Monday, February 22, 2010

Hi Tea Perdana - Dana Pembelian Bangunan PAS Kelana Jaya



PAS Kawasan Kelana Jaya akan menganjurkan Majlis Hi-Tea bersama YB Husam Musa dan YB Ir Nizar Jamaluddin. Majlis ini bertujuan mengumpul dana bagi membeli sebuah bangunan sebagai Pejabat Pentadbiran PAS Kelana Jaya.

Marilah sama-sama menjayakan program ini sambil dan mendengar amant dari dua tokoh ini kita juga dapat beramal jariah, semoga sumbangan sahabat sekalian dapat merancakan lagi usaha dakwah khususnya di Kelana Jaya.

Maklumat lanjut boleh hubungi Sdr Khairul 0133666106 atau tiket juga boleh didapati dari saya sendiri 019 270 1055 (Tajul)

Saturday, February 13, 2010

Selamat Tahun Baru Cina

Dalam kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina, kepada sahabat yang berbangsa Cina.




Sebagai seorang muslim saya turut menumpang gembira dengan sambutan tahun baru Cina, kerana masyarakat Cina sebenarnya begitu dekat dengan Islam, sebagai contoh sila lihat beberapa perkara dibawah:

1. Diriwayatkan Islam tiba di negara China pada 651M, yang mana roombongan diketuai oleh Saad bin Abi Waqqas, jauh lebih awal dari tarikh Islam tiba di tanah Melayu.

2. Catatan rasmi menyatakan hari ini terdapat lebih 40 juta umat Islam di negara China, jauh lebih banyak berbanding umat Islam di Malaysia

(http://kelatedaily.blogspot.com/2009/01/susur-galur-islam-di-china.html) (http://www.scribd.com/doc/9665429/Tamadun-Islam-Di-China)

3. Di Kelantan telah di bina sebuah masjid Cina oleh Kerajaan Negeri Kelantan dengan diketuai Imam yang berasal dari Negara China

(http://maghfirah.wordpress.com/2009/02/02/pekok-tuli-ko-buto/) (http://www.panoramio.com/photo/21566524)

Semoga tahun baru ini bakal menjanjikan yang terbaik untuk kita semua, sekali lagi Selamat Tahun Baru Cina.